PEMBINA dan CFS: Dalami Sirah Sambut Tahun Baru 1430 Hijri

Ahad, 28 Disember 2008 – Segala puji bagi Allah, Seminar Ke-2 Centre for Foundation Studies (CFS) UIA PJ telah diadakan di Hira’ Shah Alam. Seminar kali ini melibatkan 15 orang peserta termasuk 4 orang dari UIA Gombak. Sirah dipilih sebagai tema kali ini bersempena Tahun Baru Ma’al Hijrah 1430. Semoga seminar kali ini berjaya memupuk minat kita untuk terus mendalami sirah.

Seminar diadakan sehari semalam bermula pada hari Sabtu memandangkan ada peperiksaan pada hari tersebut. Program bermula dengan aktiviti permainan bola sepak di padang mini Masjid Al-Munawwarah. Seperti biasa kami mempamerkan aksi-aksi yang tidak kurang hebatnya. Selalu berlatih terutamanya kerika kembara. Sesudah itu solat maghrib & makan malam.

Slot pertama menyusul selepas solat Isya’. Pembentangan oleh Us Muhammad Bin Ismail berkenaan agama-agama yang wujud di dunia ketika Nabi Muhammad diutus menjadi rasul. Minum malam selepas slot pertama & tidur.

Pagi Ahad dimulakan dengan solat subuh & al-ma’thurat. Riadah menyusul sebagai pemanas badan menghilangkan mengantuk. Peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk berbincang tugasan yg diberikan & sarapan bersama. Perbincangan berlangsung sehingga pukul 10.00 pagi.

 

Slot kedua bermula pada pukul 10.30 pagi dengan tajuk dakwah Rasulullah yang juga disampaikan oleh Us Muhammad Bin Ismail. Slot tamat sekitar jam 1.20 tengah hari. Solat zohor berjemaah & berangkat ke walimah saudara Sharir Rijal Bin Kasjo yang diadakan di dewan MBSA. Meriah dengan kehadiran tetamu yang agak ramai. Kami bertolak pulang untuk slot ketiga.

Agak mencabar untuk meneruskan slot ketiga kerana mata sudah mengantuk manakala perut pun sudah kenyang namun digagahi juga. Bak kata orang, semuanya di minda. Kalau minda mahu semua jadi. Seperti biasa ada juga yang tersengguk. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua. Slot ketiga tamat pada jam 6 ptg.

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top