Pembelajaran Pengalaman

Ramai yang bertanya, kenapa PEMBINA ni buat program macam takde fokus? Sekejap buat Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis, kejap buat karnival sukan, kejap buat seminar keusahawanan, ada yang buat kuliah sirah dan lain-lain aktiviti yang nampak macam berserabut dan tiada hala tuju yang jelas.

Walau apapun sebab disebalik penganjuran sesuatu program yang mungkin kerana tindakbalas daripada perkembangan semasa, untuk menarik minat belia, untuk melatih dan menggerakkan ahli, ada satu sebab yang merentasi semua sebab yang lain: saya istilahkan sebagai pembelajaran pengalaman.

Banyak benda boleh dipelajari melalui pembacaan, hadir seminar dan mengikuti kelas-kelas pengajian, tetapi impak yang terbesar yang akan diperoleh ialah apabila seseorang melalui sendiri peristiwa tersebut. Pembelajaran pengalaman memmberi kesan yang lebih dalam terhadap hati, lebih kekal lama dalam ingatan dan lebih senang untuk difahami.

Sebuah tazkirah mengenai mengingati mati misalnya boleh disampaikan oleh seorang guru kepada anak muridnya secara lisan. Namun, pengalaman menziarahi jenazah, solat jenazah dan membantu menurunkan jenazah ke liang lahad, seterusnya menyaksikan jenazah ditimbus dengan tanah tentunya akan memberikan kesan yang lebih dalam berbanding sebuah tazkirah lisan. Peringatan yang sama juga boleh disampaikan dalam pelbagai bentuk seperti menziarahi kubur dan rumah mayat.

Pembelajaran pengalaman juga diguna pakai dalam kaedah pendidikan formal. Cuba perhatikan banyak pelajaran kita ada memasukkan unsur-unsur praktikal dan amali, site visit, dan lain-lain aktiviti untuk memberi ruang kepada pelajar menyaksikan sendiri sesuatu pelajaran secara ‘real’. Kita boleh bercerita bagaimana larutan copper sulphate berwarna biru, tapi melihat sendiri larutan tersebut serta tindakbalasnya dengan larutan2 lain tentunya memberi makna yang besar kepada pelajar kimia. Cuba bayangkan seorang graduan medic tanpa mengikuti ‘clinical’ years?

Berbalik kepada program2 yang dianjurkan oleh PEMBINA, dan NGO2 yang seangkatan dengannya. Antara objektif yang besar yang hendak dicapai ialah supaya belakunya pembelajaran pengalaman. Banyak intipati tarbiah yang dapat direalisasikan dan diuji melalui aktiviti2 ini. Suasana konflik, akan mendedahkan kecenderungan sebenar individu seterusnya membolehkan penyakit2 hati di rawat dan diberi perhatian khusus. Di sinilah kita melihat erti kesungguhan, erti lapang dada, memaafkan dan seterusnya membantu memiliki jiwa yang besar. Semuanya boleh dibincangkan dalam diskusi mingguan, tetapi manifestasi di alam realiti adalah ujian sebenar.

Kepentingan pembelajaran pengalaman lebih-lebih lagi penting apabila sesuatu yang hendak dicapai itu lebih abstrak seperti kebanyakan masalah hati. Bagaimanakah cara untuk belajar untuk merasa izzah dengan Islam, untuk merasa kerdil di hadapan yang Esa, untuk menahan marah dan mendahulukan urusan umat? bagaimana untuk belajar erti ‘ujub dan riak, erti tawakkal dan mengharap, erti sabar dan pemaaf?

Teruskan lah beraktiviti. Nikmati kesannya dalam jiwa.

Allah lah sebaik-baik penolong.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top