Kem Salam Beliawanis Siri 1/2010

Bachok: 22-23 Jan 2010- Beliawanis PEMBINA Kelantan telah menganjurkan program ‘Kem Salam IPT Peringkat Negeri Kelantan Siri 1/2010 dengan kerjasama KELAB AMRU Politeknik Kota Bharu.

Seramai 30 orang beliawanis telah mengikuti kem ini. Mereka terdiri daripada pelajar IPT-IPT di Kelantan. IPT-IPT tersebut antaranya ialah Politeknik Kota Bharu, Uitm Machang dan pelajar-pelajar lepasan STAM.

baca-mathurat-bersama1

Halaqah Bacaan Mathurat

Kem ini memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar mengenai konsep ISLAM melalui ceramah yang disampaikan oleh UST.SHARIPUDIN B. ABD KADIR, YDP ISMA Kelantan yang bertajuk ” Bekerjalah kamu walaupun kiamat seketika nanti’ – dipetik dari hadis-hadis pilihan.

Pada sebelah petangnya pula, para peserta diberi tugasan untuk diselesaikan dalam kumpulan. Ia bertujuan untuk merapatkan lagi ukhuwah antara peserta.

Di sebelah malamnya, peserta disajikan dengan isu-isu semasa tentang umat ISLAM yang berada di negara PALESTIN telah disampaikan oleh PROF MADYA ZAINUR RASHID BIN ZAINUDDIN, Perunding AMAN PALESTIN.

resolusi2

Ice Breaking

Di akhir program, para peserta amat berpuas hati dan ingin menyertai program sebegini lagi. Antara komen mereka ialah:

Program ini banyak manfaat untuk diri saya, dan program sebegini haruslah diteruskan kerana saya dapat banyak manfaat lebih-lebih lagi dalam mengenali ISLAM yang sebenar” (Suhaida pelajar semester 2 PKB)

 

Media PEMBINA Kelantan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top