Tulisan oleh : Khalid Amayreh, Wilayah Terjajah Baitulmaqdis Timur
Diterjemah oleh :Lufti Abas Bidin (lufti_biza@yahoo.com), PEMBINA Cawangan Gombak.
Perdana Menteri Israel telah hampir-hampir membuat pengakuan bahawa Israel mengawal kerajaan Amerika Syarikat. Bercakap kepada media Israel minggu ini, Olmert berkata bahawa dia telah meminta Presiden Bush agar mengarahkan Setiausaha Negara Condoleezza Rice untuk bersikap berkecuali dalam undi penting PBB tentang serangan pembunuhan Israel di Semenanjung Gaza.
“Beliau (Rice) memalukan diri sendiri. Resolusi yang disediakan dan disusun oleh beliau, akhirnya beliau sendiri tidak mengundi untuk menyokongnya,” kata Olmert, membesar-besarkan tentang “pengaruh dan penguasaan kami” terhadap Amerika Syarikat.
“Kami tidak mahu beliau mengundi menyokong resolusi tersebut. Dan itulah yang akhirnya kami dapat.”
Olmert berkata dia meminta dengan agak agresif untuk bercakap [di telefon] dengan Bush dan apabila Bush berada di talian, beliau menyuruh Bush agar mengarahkan Rice supaya tidak mengundi menyokong resolusi tersebut.
“Saya berkata ‘dapatkan saya Presiden Bush di talian [telefon].’ Mereka berkata bahawa
Presiden sedang memberi ucapan di Philadelphia. Saya kata saya tak peduli. Saya perlu becakap dengan beliau sekarang. Bush turun dari podium ucapan dan bercakap dengan saya.”
“Saya memberitahu beliau bahawa Amerika Syarikat tidak boleh memberi undi menyokong [resolusi]. Amerika tidak boleh mengundi resolusi yang sedemikian. Beliau (Bush) dengan serta-merta menelefon Setiausaha Negara dan memberitahunya agar tidak mengundi untuk menyokong.”
Bagaimanapun, seorang jurucakap Jabatan Negara telah dipetik menolak dakwaan Olmert.
“En. Olmert silap,” kata pegawai terbabit.
“Walaupun semuanya telah mengikut perancangan, beliau (Rice) sudah pasti akan berkecuali. Itulah rancangannnya,” kata pegawai itu. “Israel tidak membuat polisi untuk Amerika Syarikat.”
Pada tahun 2001, dalam satu pertengkaran besar yang dilaporkan berlaku dalam satu mesyuarat mingguan kabinet antara Perdana Menteri Israel Ariel Sharon dan Menteri Luar Shimon Peres, sewaktu mana Sharon telah dilaporkan menjerit kepada Peres, “Jangan bimbang tentang tekanan Amerika, kita mengawal Amerika.”
Peres dilaporkan memberi amaran kepada Sharon bahawa menolak permintaan berterusan Amerika untuk gencatan senjata dengan Palestin akan membahayakan kepentingan Israel dan menjadikan Amerika pula menentang Israel.
Pada saat tersebut, Sharon yang sedang marah berpaling kepada Peres dengan berkata:
“Setiap kali kita buat sesuatu awak akan kata Amerika akan buat itu, buat ini….. saya nak beritahu awak sesuatu yang jelas:
“Jangan bimbang tentang tekanan Amerika terhadap Israel. Kita, orang Yahudi, mengawal Amerika, dan orang Amerika tahu tentang ini.”
Peres dan menteri kabinet lain dilaporkan memberi amaran kepada Sharon agar jangan berkata sedemikian secara terbuka, kerana “Ini akan menyebabkan malapetaka hubungan awam kepada kita.”
Sumber Israel menafikan berita tersebut.
Palestin-info.co