Ketokohan Ustaz Ibrahim diyakini- Menang tanpa bertanding bagi kerusi Presiden

BANGI, 22 Feb- Ketokohan Ustaz Ibrahim bin Mohd Hasan diyakini oleh perwakilan PEMBINA seluruh Malaysia apabila beliau telah menang tanpa bertanding dalam Pemilihan Jawatankuasa Pusat 2014-2016 bagi jawatan presiden sempena Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan Kali Ke-7 (MATK7) Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA). Beliau yang sebelum ini memegang jawatan sebagai presiden PEMBINA bagi sesi 2012-2014 kini kekal sebagai presiden buat penggal yang kedua, sesi 2014-2016.

Pada masa yang sama, Saudara Azril Hanafi bin Abdullah Sharwani telah diberikan mandat bagi menyandang jawatan sebagai Timbalan Presiden. Manakala Saudara Muhammad Uzair Izzat Amir bin Muhammad dan Saudari Roszida binti Kamaruddin telah memenangi kerusi Naib Presiden 1 dan Naib Presiden 2.

Selain itu juga, tiga lantikan Jawatankuasa (JK) baru disandang oleh Ustaz Salman Abdul Rahman, Saudara Mohd Aiman bin Ahmad Faudzi dan Saudari Khairunnisa binti Mazlan.

Mengimbas kembali kewujudan PEMBINA ditubuhkan pada tahun 2006 yang berdaftar di bawah Registration of Youth (ROY). Sehingga kini PEMBINA telah mempunyai empat orang presiden.

Presiden pertama ialah Dr Kamil Azmi Tohiran, kemudian Saudara Zaizul Azizi bin Zaman, dan Norzafry Norhalim.

IMG_37974550849907

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top