Keruntuhan Akhlak Dua Generasi

 

keruntuhan-akhlak-dua-generasi

Beberapa hari yang lepas, kita digemparkan dengan pergaduhan “mulut” di dalam Parlimen antara Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Jelas di dalam video kedua-dua pihak saling memaki antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa yang kesat. Keadaan menjadi ebih teruk lagi bila salah seorang mengajak untuk “selesaikan” pergaduhan diluar dewan.

Pada bulan September yang lalu, kita digemparkan juga dengan sikap seorang peguam wanita, Siti Kassim, mengangkat “jari tengah”, ketika forum RUU355.

Di tambah lagi dengan poster yang dipegang oleh seorang pemuda di perhimpunan BERSIH 5.0 baru-baru ini, jelas memaparkan tulisan “BABI” yang berlatar belakangkan muka Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Masyarakat biasa juga tidak terlepas dari masalah ini.

Tak perlu dipanjangkan cerita, kita sendiri dapat lihat keruntuhan akhlak berlaku dengan luas dalam masyarakat. Buat para pemimpin dan bakal pemimpin negara, ini bukanlah identiti dan akhlak yang kita mahukan.

Pimpinan negara, baik di pihak kerajaan atau pembangkang, sebagai wakil kepada masyarakat perlu menunjukkan contoh dan akhlak yang baik. Kita perlu sedar bahawa kelakuan kita akan dipandang dan akan menjadi ikutan. Jika buruk tindakan kita, maka yang buruk itu lah yang akan ditiru.

Sebagai persatuan mahasiswa yang cakna dengan isu semasa dan komited dalam membentuk pemimpin untuk masa hadapan, PEMBINA menyeru setiap lapisan dalam negara, terutamanya golongan mahasiswa dan mahasiswi, untuk muhasabah atau membuat koreksi pada diri dan keadaan masyarakat hari ini.

Sebagai seoarang mahasiswa dan bakal pemimpin negara masa hadapan, kita tidak sepatutnya terikut-ikut dengan emosi, apatah lagi menjadikan kesalahan orang lain sebagai tiket untuk kita lemparkan kata-kata berbentuk cacian dan hinaan.

Mahasiswa dan mahasisiwi sepatutnya mampu untuk berifikir secara waras dan rasional, membezakan antara kebaikan dan keburukan, juga mampu untuk menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat.

Sudah pasti kita tidak inginkan bakal pemimpin negara yang terperangkap dalam corak hidup yang tidak berakhlak dan tidak mampu untuk berifkir secara waras.

Jika perkara ini tidak diubah, maka sudah pasti kitaran yang sama akan berlaku pada masa hadapan. Akhirnya, PEMBINA menyeru kepada ahli PEMBINA juga mahasiswa dan mahasiswi secara umunya untuk menyediakan diri secara menyeluruh sebagai pelapis pimpinan negara masa hadapan.

Unit Kajian PEMBINA

1 thought on “Keruntuhan Akhlak Dua Generasi”

  1. Pingback: Keruntuhan Akhlak Dua Generasi – akuwebhost002

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top