BANGI, 29 Nov- ‘Beraktivisma bukanlah penghalang kepada kejayaan akademik’,kata Samsu Alam bin Beddu Lamin yang merupakan mantan Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia (PSM) Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) UKM selepas menerima Anugerah Sarjana Cemerlang dalam pengajian Sarjana Ekonomi Islam (Kewangan Islam) di Majlis Konvokesyen UKM Ke-44.
‘Sejujurnya saya bukanlah ulat buku tetapi saya cuba memberikan tumpuan sepenuhnya dan fokus kepada waktu- waktu tertentu untuk belajar.
‘Selaku Ketua Biro PSM PEMBINA UKM ketika itu, saya cuba sedaya upaya untuk mengimbangi antara akademik dan aktivisma’, jelasnya lagi.
Beliau yang sentiasa memperolehi keputusan yang cemerlang (DEKAN) dalam setiap semester berkata PEMBINA memberi sentuhan positif dalam kehidupan beliau secara keseluruhan termasuk akademik.
‘Penglibatan awal saya dalam PEMBINA merupakan suatu rezeki yang tidak pernah saya jangkakan.
‘Rakan- rakan PEMBINA banyak memberi dorongan dan inspirasi untuk lebih kuat dalam beraktivisma tanpa mengabaikan pelajaran,’ tambahnya lagi yang sentiasa menjadikan Surah Muhammad ayat 7 sebagai motivasi diri yang bermaksud Allah pasti akan memberikan pertolongan kepada hamba-Nya yang menolong agama-Nya.
Beliau berharap agar dapat melihat lebih ramai lagi anak- anak muda yang lebih hebat lahir daripada produk PEMBINA dan menjadi contoh teladan yang unggul terhadap masyarakat khususnya generasi muda.
Wartawan
Farhanah Fauzi