Kepentingan politik Islam kepada belia

ustaz salman

Memperkatakan tentang situasi politik di Malaysia, menyebabkan golongan muda mudi geli geleman mendengarnya. Bahkan ramai golongan muda mudi mengambil sikap tidak endah terhadap warna warni politik di Malaysia. Hal ini berikutan sikap sesetengah ahli politik dan parti politik yang lebih gemar bercakaran sesama sendiri berbanding membincangkan soal kepentingan rakyat menyebabkan mereka semakin menyampah.

Perkara ini disebabkan politik sekarang jauh dari panduan Syara’. Hal ini diakui oleh Ustaz Salman Abdul Rahman, Jawatankuasa Komunikasi Strategik Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) semasa menghadiri Simposium Pemikiran Politik Islam anjuran Majlis Ulama ISMA (MUIS).

Oleh itu beliau berpendapat pentingnya Siyasah Syar’iyyah atau politik Islam dalam memahamkan ganerasi Y kerana mereka lahir di tengah kemelut politik hari ini yang terpisah dari memahami percaturan agenda kuasa-kuasa politik di rantau ini.

“Siyasah syar’iyyah bermaksud sistem politik yang menjadikan syariat Islam sebagai rujukan tertinggi”, ujarnya.

“Tetapi Islam seringkali disalahtafsir hanya sebagai agama yang mengatur urusan muslim di masjid-masjid sahaja. Akan tetapi Islam lebih luas dari itu, merangkumi politik, ekonomi, sosial, perundangan dan sebagainya”, ujarnya.

Jadi beliau berpendapat, seandainya generasi muda dapat mengaitkan di antara ilmu Siyasah Syar’iyyah, fakta-fakta sejarah dan realiti pertembungan kuasa-kuasa, pasti ganerasi muda akan lebih menghargai kuasa politik Islam terutamanya dalam memelihara kepentingan agama dan umat Islam.

ustaz baem

PEMBINA melihat siyasah syariah penting kepada ganerasi muda, tetapi bagaimana peranan PEMBINA untuk membangunkan kesedaran kepada belia mengenai politik Islam?

Ustaz Ibrahim Mohd hasan pula berpendapat, dalam menangani perkara ini memerlukan pendekatan yang berbeza.

“Terdapat beberapa golongan belia bila bercakap mengenai politik Islam dalam konteks Malaysia. Setiap satu perlu ‘approach’ berbeza”,  katanya yang merupakan Presiden PEMBINA.

Hal ini kerana kebanyakan belia masih terikat dengan politik kepartian hasil doktrin yang begitu lama oleh senario politik Malaysia.

Pada masa yang sama terdapat juga segelintir belia yang sudah berani mempertikaikan ketuanan Islam.

“Atas dasar Siyasah Siyasah Syar’iyyah (politik Islam), PEMBINA membongkarkan kepincangan mereka supaya belia bangkit dan memperkukuhkan kuasa politik yang sepatutnya didominasi oleh ummat Islam”, ujarnya.

Tambahnya lagi PEMBINA akan memperhebatkan sesi penerangan melalui sembang santai di seluruh Malaysia bahawa hakikat politik Islam itu jauh lebih luas daripada parti politik kepartian sempit. Ia adalah politik yang menjadi ketuanan Islam dalam kerangka kuasa dan sistem yang ada.

“PEMBINA juga akan mendekati golongan belia yang tidak cakna isu politik Islam kerana menganggap ia adalah kotor atau urusan pihak tertentu sahaja”, tambahnya lagi.

Baginya kesedaran ini penting kerana dalam sistem demokrasi hari ini setiap belia yang layak mengundi perlu menggunakan hak undi tersebut selari dengan politik Islam.

“Ia sudah menjadi kuasa dan tanggungjawab setiap individu untuk menentukan masa depan Islam”, tegasnya ketika majlis berlangsung di Auditorium Abu Zarin ILSAS UNITEN.

Pada program yang berlangsung semalam membincangkan aspek ‘Gagasan Pemikiran Politik Islam Berdasarkan Siyasah Syar’iyyah Dalam Realiti Malaysia.

Antara ulama dan sarjana Islam yang membentangkan kertas kerja adalah, Presiden ISMA Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman, Pengerusi Majlis Ulama ISMA Prof Madya Dr Aznan Hasan, Setiausaha MUIS Ustaz Ahmad Zainal Abidin, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat Dato’ Dr Ust Khairuddin At Takiri, Pensyarah CASIS-UTM Prof Madya Dr Khalif Muammar A Harris dan Ahli Jawatankuasa Pusat ISMA Ustaz Mohd Hazizi Abd Rahman.

Tiga topik utama yang akan dibahaskan ialah ‘Relevensi Konsep Negara Islam: Pelaksanaannya dalam sistem Demokrasi Malaysia’,   ‘Partipasi  politik semasa di Malaysia dalam kerangka Maqasid Syariah dan Gagasan Pemikiran Politik Islam dalqm realiti Malaysia berasarkan Siyasah Syar’iyyah.

Sohibus Samahah Dr.Zulkifli al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan turut hadir memberi ucaptama perasmian penutup ‘Masa Depan Politik Islam di Malaysia : Apakah Halatuju Kita?’ pada 25 Oktober yang lalu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top