Sesungguhnya kami daripada pihak PEMBINA UniSZA amatlah sedih apabila mendapat khabar kehilangan Pesawat MAS MH370 pada Sabtu yang lepas, pesawat yang membawa 239 penumpang itu dilaporkan hilang selepas terputus hubungan dengan pusat kawalan pada jam 2.40pagi.
Maka disini pihak PEMBINA UniSZA mengajak kepada rakan-rakan Siswa dan Siswi untuk sentiasa mendoakan dan dilaksanakan solat hajat di masjid dan di surau-surau UnISZA, kita mendoakan supaya agar misi mencari pesawat tersebut dipermudahkan, disamping memohon agar para penumpang pesawat MH370 diberi perluang untuk pulang dengan selamat dan semoga ALLAH memberi ketabahan kepada seluruh keluarga mereka atas musibah yang menimpa.
Seterusnya pihak PEMBINA juga menyeru kepada rakan-rakan sekalian supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang tidak ada kebenaranya bagi menghormati ahli keluarga mereka dan melancarkan lagi misi pencarian yang giat dilaksanakan oleh pihak berkuasa dan Kami juga menasihati supaya siswa dan siswi jangan mudah melatah untuk menyalahkan sesiapa dalam menangani isu ni.
“(Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu: “Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepada kamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut.” 10. Dan Allah tidak menjadikannya (mengirim bala bantuan itu), melainkan sebagai kabar gembira dan agar hatimu menjadi tenteram karenanya. Dan kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. (Al Anfal 9-10)
Sekian Terima Kasih
Saudara Muhammad Hazwan Mohd Yusof, Timbalan Pengerusi PEMBINA UNISZA