MH370- Bersabar dan yakinlah kepada Allah

Peristiwaย #MH370ย mengingatkan saya akan kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Kahfi:

“Musa berkata kepadanya: ‘Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yangย telah diajarkan kepadamu ?’ Dia menjawab: ‘Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersamaku. Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu?’ Musa berkata: ‘Insya-Allah kamu akan mendapati aku sebagai orang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun.’ Dia berkata: ‘Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu pun, sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu.'” (QS. al-Kahfi: 66-70)

Nabi Musa acapkali tidak sabar mengetahui rahsia atau asbab di sebalik perbuatan Nabi Khidir merosakkan kapal yang membawa segerombolan manusia yang mahu belayar, kisah seorang kanak-kanak dibunuh dan kisah rumah dua orang anak yatim yang perlu diperbaiki.

Kita tidak berada di dalam kapal terbang MH370 dan kita juga tidak mengetahui perancangan Allah buat semua anak kapal dan para penumpang. Namun yakinlah bahawa, Allah itu Maha Berkuasa, Maha Mengetahui segalanya.

Bersabarlah semua, sungguh saya tidak merasai sebanyak mana kesedihan dan kedukaan yang ahli keluarga mangsa rasai semasa ini, namun yakinlah, Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

1796617_837262639621425_487657141_n
Terkadang kita tertanya mengapa Allah menguji kita pada titik lemah kita, pada ujian yang kita rasa seakan-akan kita tidak mampu lalui. Hakikatnya itulah tanda kasih Allah, kerana Allah rindukan hambaNya, rindu hambaNya meletakkan segala pergantungan padaNya. Manusia bila rasa teruji pada titik lemah, barulah kita berasa begitu lemah, lalu tunduk bermohon dan berserah segalanya kepada Dia.

Hentikan spekulasi, kerana sesungguhnya “Aku (Allah) adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku.” Hadis Riwayat Abu Hurairah.

Oleh: Nurnaima Zainuddin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top