Kuala Lumpur, 15 Sepetember 2009- Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) telah memenuhi jemputan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) ke Majlis Ihya’ Ramadhan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bersama Para Ulama’, Cendekiawan & NGO-NGO Islam 2009. Majlis yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah disempurnakan dengan kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Jamil Khir Baharom. Majlis ini telah dihadiri puluhan cendekiawan & wakil-wakil NGO-NGO Islam dari seluruh negara.
PEMBINA yang turut diundang ke majlis tersebut telah diwakili oleh beberapa ahli jawatankuasa pusat termasuk Tuan Presiden, Dr. Kamil Azmi b Tohiran serta wakil-wakil dari sekitar Lembah Klang. Turut hadir adalah beberapa ahli PEMBINA yang telah menyertai Program Kembara Dakwah JAKIM.
PEMBINA berharap hubungan baik yang terjalin antara PEMBINA dan JAKIM akan terus berkekalan, baik dalam bentuk sokongan, penyertaan mahupun kerjasama penganjuran program.