Himpunan Kebangkitan Rakyat, satu analisa

Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang diadakan di Stadium Merdeka baru baru ini menarik perhatian besar ramai pengkaji masyarakat terutamanya terhadap Gerakan Masyarakat Madani (Civil Society Movement) di dalam merencana perubahan negara. Aliran masyarakat madani mula menjadi terkenal apabila ia disebut oleh RAND Corporation (kumpulan pemikir Amerika) di dalam laporan Building Moderate Muslim Network sebagai salah satu wasilah terbaik dalam mengangkat golongan Muslim Moderat.

Saya turut berpeluang hadir ke perhimpunan ini melihat begitu ramai lautan manusia membanjiri Stadium Merdeka. Saya sedar bahawa perhimpunan ini adalah refleksi terhadap kepimpinan Barisan Nasional yang dilanda pelbagai krisis moral dan rasuah yang berpanjangan. Namun, adalah tidak adil bagi saya untuk menghukum perhimpunan ini sebagai penamat bagi Barisan Nasional, kerana mengikut perangkaan yang dibuat oleh Politweet, kira kira 60,000 hingga 70,000 orang hadir ke perhimpunan ini. Dari jumlah keseluruhan pengundi berdaftar iaitu 12 juta orang, angka ini (65,000 nilai median) masih lagi jumlah yang boleh dipertikaikan apabila diterjemahkan di dalam peti undi jika dibandingkan dengan jumlah keseluhan pengundi iaitu sekadar 0.54%.

Semakin dekat Pilihanraya Umum (PRU), semakin banyak perkara menarik yang akan berlaku,yang pasti, umat Islam perlu berjuangn demi survival agama mereka. Sebelah sini, kem rasuah korupsi al maksiati, sebelah sana pula ada kem kristianisasi, syiah dan liberaliyun yang bermaharajalela meletakkan umat Islam dalam keadaan tersepit dan terhimpit dengan pelbagai tekanan dan desakan, menjadikan mereka bukan lagi tuan/orang yang berautoriti di negara ini. Cita-cita Islam hanya menjadi retorik apabila kerajaan perpaduan diwujudkan dengan berlainan bangsa.

Saya tidak boleh lupa bagaimana kerajaan negeri Kedah ditekan hanya semata untuk menutup kelab malam di bulan Ramadhan. Isu rampasan arak di Selangor menyaksikan pula pihak kufar tidak redha akan kejahatan mereka dinafikan, walaupun kejadian arak yang dirampas berlaku di kawasan majoriti muslim. Isu gunting rambut di Kelantan dan yang terbaru, isu tatacara sambutan Hari Raya Cina menjadi bualan hangat media alternatif menghalakan serangan jahat kepada PAS. Semuanya membuktikan bahawa perpaduan politik rentas agama tidak pernah menjadi suatu alat yang berguna dalam mendaulatkan Islam.

Asyik berkata mengenai PAS, saya juga berasa hairan bagaimana UMNO boleh mempunyai Ketua Sayap Wanita yang nyata sudah hilang integriti jikalau bercakap mengenai hal ehwal perjuangan. Kes moral ketua MCA pula adalah satu insiden yang paling memualkan yang berlaku di antara ahli politik dan beliau masih lagi diangkat menjadi ketua sedangkan dia tidak mampu untuk menjadi ketua bagi keluarganya sendiri. Melihat dari kepelbagaian ini, isu parti adalah tidak relevan untuk diperjuangankan. Paling mustahak ialah memasukkan seramai mungkin golongan individu yang dikenal pasti sebagai seorang yang soleh ke dalam parlimen.

Contoh bandingan yang saya buat adalah seperti pertembungan antara Tuan Guru Haji Hadi dengan Dato Ahmad Maslan di Terengganu, kita sudah pasti tahu siapa yang lebih faqih dalam bidang agama. Tuan Haji Mohammad Sabu dengan Dato’ Saifuddin Abdullah, kita juga pasti tahu di antara mereka mana satu yang lebih tulen pengangan akidah Ahli Sunnah Wal Jemaah. YB Joseph Lim Guan Eng dengan Ustaz Fathul Bari, kita pasti juga mengetauhi mana yang lebih adil berdasarkan neraca keimanan kita kepada Allah.

Politik islam memerlukan gubahan yang baru. Kesepakatan dilihat sebagai alternatif kepada segala kemelut yang dihadapi oleh parti-parti politik orang Islam, namun ia sukar dicapai. Oleh itu, keunggulan peribadi calon pilihanraya dilihat sesuatu yang ideal untuk jangka masa pendek bagi menyelesaikan halangan kepada pelaksanaan Islam di negara.

Luqman Abdul Hamid
Ahli Unit Informasi dan Kajian PEMBINA

5 thoughts on “Himpunan Kebangkitan Rakyat, satu analisa”

  1. Menarik, saya suka komen begini, lebih adil dalam mengkritik, dan memberi satu solusi yang lebih baik untuk rakyat. Semoga semua umat Islam akan diberi hidayah dan tidak terlampau taksub dengan parti-parti politik masing-masing..

  2. Salam. Saya sebenarnya X faham fikrah ISMA. Kadang-kadang perjuang asabiyah Melayu. Kadang-kadang perjuang Islam. Saya naik celaru. Dah tahu Islam tolak perjuangan berteraskan bangsa/asabiyah. Mengapa pemimpin Isma masih bekerjasama dengan pemimpin Melayu yang realiti tolak Islam secara syumul. Tak tahulah ISMA perjuang ala UMNO.

    1. Tuan, satu pertanyaan sahaja. Mana lebih baik, ISMA bergandingan dengan UMNO yang menjadi tonggak kepada kerajaan atau dengan PAS yang menjadi pihak Nombor 3 dalam Pakatan Rakyat. Itu Realiti. Bagaimana, pihak tuan mengatakan Islam menolak perjuangan bangsa (dibaca : bukan Assobiyyah)sedangkan ia berbeda dengan Assobiyyah yang berlaku di zaman dahulu. UMNO bukan agama dan PAS pun bukan agama. Maka, ISMA perlu membuat pertimbangan. Dan ISMA pun akan bertanding pada PRU 13 nanti.

  3. Assalamualaikum, maaf saya tidak bersetuju dengan kenyataan anda. Adakah anda syiah. dan adakah anda tahu siapa yg lebih syiah atau ASWJ. sungguh mudah anda menilai manusia. jgn berpolitik cara jahat. jika isma ingin bertanding, bertandinglah cara baik.

Leave a Reply to saiful Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top