
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terasa terpanggil nak utarakan sedikit pandangan
berkenaanisu CoVid-19. Maklumlah, isu CoVid-19 ini menjadi bualan di peringkat dunia sekarang. Ramai yang tampil ke hadapanmenonjolkan diri menghulurkan apa sahaja yang mampu, baiksecara fizikal atau pun mengemukakan buah fikiran untuk tatapan masyarakat.
Umum mengetahui bahawa wabak ini tercetus di negaraChina, lebih spesifik di Wuhan. Wabak ini juga menjadi topikperbalahan antarabangsa antara negara China dan AmerikaSyarikat. Memetik suapan berita daripada The Star bertarikh28 Mac 2020, “Xi’s offer of assistance follows a war of words between Beijing and Washington over various issues, including the pandemic. Trump and other U.S. officials have accused Beijing of a lack of transparency over the outbreak, and Trump has referred to coronavirus as the “Chinese virus” because it originated there late last year.” Kini, mereka telah bekerjasama dalam menyalurkan informasi bagi membendungpandemik ini, di mana sedang menular dengan rakus di negara Uncle Sam saban hari.
Banyak perkara yang boleh dipelajari asbab penularan wabakini. Sebagai manusia, khususnya muslim, kita sudah pun disajikan dengan rentetan kisah-kisah di dalam Al-quran yang sarat dengan hikmah dan ibrah (pengajaran). Apa yang berlaku dalam situasi sekarang ini juga tidak wajar dibiarkanbegitu saja tanpa meneliti hikmahnya
1. Masjid, jalan raya dan pusat tumpuan menjadi lengang. Keadaan ini terkadang dilihat sayu, terutamanya masjid yang terpaksa dibiarkan sepi tanpa tetamu Allah yang ramai. Asbab wabak CoVid-19 kerja-kerja pembersihan dan sanitizing dapat dilakukan dengan lebih baik, kerana tiada longgokan sampah atauwaste product secara pukal yang di tinggalkan di Kawasan yang terlibat.
2. Arahan pemerintah bukan omong kosong. Segelintir rakyat terkadang masih memandang enteng akan arahanPerintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan keluar rumahtanpa sebab yang munasabah. Bukankah telah termaktub di dalam Al-quran bahawa sebagai rakyat, perlunya kepada taatulilamri (pemerintah) selagi mana arahan tidak bercanggahdengan agama? Bahkan sirah Nabi SAW juga telahmenampakkan suatu sisi jelek akan sikap orang bawahan yang ingkar arahan pemimpin. Telusurilah kisah perang Uhud, sebilangan pemanah tentera Islam bertindak di luar pelan asaldengan meninggalkan posisi untuk mengaut harta rampasanperang. Akibatnya, tentera Islam tersungkur. Jadi, mahukah kita sebagai rakyat ingin melihat lebih banyak kes dankematian saban hari, dek kerana ingkarnya terhadap arahan pemerintah? Kita sekarang sedang berhadapan dengan‘musuh’ yang seakan invisible. Maka, bertindaklah dengan bijak.
3. Kebanyakan kes yang dicatatkan adalah daripadakluster tabligh. Pada permulaannya, merekalah dicanang sebagai kelompok yang paling bersalah. Namun, Allah adalahsebaik-baik perancang. Bayangkan kalau kebanyakan kesyang datang bukan daripada kluster tabligh, contohnya daripada kluster konsert gig, perhimpunan LBGT, serta mass gathering berunsurkan lagha dan maksiat. Adakah merekasecara sukarela atau paksa relanya tampil mahu lakukan ujiansaringan, dalam keadaan serba malu? Situasi sekarang juga telah menzahirkan keperibadian mulia golongan tabligh di mata masyarakat tempatan. Sikap mereka yang ramah dansuka mendoakan orang lain dilihat sebagai satu kaedah Allah nak mentarbiah masyarakat.
4.Peluang untuk infaq. Lihatlah bagaimana banyak pihak tampil hulurkan sumbangan. Sumbangan yang hadir dalampelbagai cara kita dapat lakukan dan sedang saksikan ketikaini. Amalan bersedekah ini selaras dengan pelbagai dalil di dalam al-quran, di mana Allah berfirman Sesungguhnyaorang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikanpinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-gandabanyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” (Al-hadid: 18).
Kita juga dapat melihat akankeprihatinan pihak kerajaan yang serius membantu rakyat dengan mengeluarkan berbillion ringgit untuk diagihkan kepada masyarakat.
5. Peluang dan ‘nasihat’ untuk rakyat mencari kerja ataumencipta kerja sesuai dengan peredaran zaman atau bercirikan dunia moden. Capaian internet yang makin majumemungkinkan dunia akan datang lebih menumpukan kepadajaringan internet dalam segenap sektor pada masa akan datang. Dengan krisis sekarang ini yang melimitasikanpergerakan secara fizikal, maka lahirlah satu keperluanmendesak untuk mula mereka cipta atau mencari sumber pendapatan secara atas talian untuk meneruskan keberlangsungan hidup. Dalam sektor pendidikan, pembelajaran secara atas talian atau Full-Online Classroom (FOC) sedang diperkasakan agar interaksi antara pendidik dan pelajar kekal berada dalam keadaan memuaskan.
6. Pintu-pintu maksiat ditutup dan dibelenggu. Mungkin sukar atau tidak ada satu timdakan komprehensif, intensif, ekstensif, proaktif dan serius daripada pihak tertentu untukmembanteras gejala dan sarang maksiat di merata tempatdalam negara. Asbab penularan wabak, segala pintu danlubang maksiat, iaitu pusat hiburan dan seangkatan dengannyaditutup.
Dalam usaha menamatkan krisis yang sedang melanda
negarabahkan dunia ketika ini, setiap orang perlu memainkanperanan. Usaha yang dikerah juga wajar diselitkan denganrintihan doa kepada Yang Maha Esa. Dialah yang Menjadikansegala sesuatu. Kita sebagai hambaNya amatlah rugi jika masih buta dan tuli menelaah segala hikmah yang tersurat dantersirat daripada penularan wabak pandemik CoVid-19. Memang benar wabak ini tidak pernah disebutkan di dalam al-quran, namun apakah kita langsung tidak meneliti atau menyorot himpunan kisah kaum terdahulu serta sirah NabiSAW untuk diambil akan hikmah dan pedoman, sertakaitkannya dengan situasi kini? Moga Allah menghidupkanhati kita semua dalam merungkai solusi kepada krisis yang sedang kita hadapi sekarang ini. Wallahualam. Alhamdulillah ‘ala kulli hal.
Zarif Izzuddin Zulkifli,
Setiausaha PEMBINA Batu Pahat.