
Tahukah anda? Di Jepun ,terdapat robot dicipta bertujuan sebagai penasihat dalam agama Buddhism. Menurut masyarakat Jepun,robot adalah suatu ciptaan yang tidak memiliki limitasi bahkan dapat menyimpan data dan maklumat tanpa batasan .
Robot juga tidak akan mati menurut mereka. Humanoid yang dikenali sebagai “Mindar” itu dikatakan dapat merawat emosi, mengajar cara mengawal perasaan dan lain-lain. Mereka juga berharap penciptaan robot yang dianggap “priest” ini dapat membantu mereka mengurangkan stress yang dialami dalam kehidupan.
Nampak seperti canggih dan berteknologi, tetapi hakikatnya manusia menyembah buatan manusia sendiri bahkan tidak layak untuk digelar sebagai Tuhan. Mana mungkin tuhan mencipta manusia yang menciptakannya.
Pada tahun 2017, ahli komputer Google, Anthony Levandowski cipta agama baru yang dikenali sebagai “Way of The Future (WOTF)” melalui AI.Menurutnya robot yang diciptanya memiliki kecerdasan yang jauh lebih tinggi berbanding manusia dan “kitab” yang diguna pakai pula diberi nama “The Manual”.
Kesesatan dalam kesesatan.
Teknologi yang tinggi dan canggih tidak menjamin kesenangan juga ketenangan dalam jiwa manusia. Teknologi robot yang kononnya dicipta untuk menasihati akhirnya membawa manusia kepada penyembahan sesama makhluk. Robot adalah ciptaan manusia dan manusia menyembah buatan manusia sendiri sedangkan manusia itu sendiri memiliki kelemahan yang terlalu banyak.
Ternyata amalan jahiliah yang dahulunya adalah menyembah berhala, kini beterusan kepada bentuk penyembahan jahiliah di era moden , iaitu menyembah robot. Menyembah sesama makhluk dengan bertuhankan falsafah humanisme. Pencapaian manusia diagung-agungkan sehingga menolak Tuhan dalam kehidupan.
Teknologi canggih mana sekalipun tidaklah menjadi kayu ukur kebijaksanaan seseorang. Teknologi yang canggih juga tidak menjamin ketenangan dan kesenangan. Sedangkan Allah Yang Maha Esa pun tidak mereka kenali, maka apa lagi yang tinggal untuk mengenal erti ketenangan hakiki?
Oleh:
Irdina Hakimah
Editor Siswa Pantau
Sumber https://siswapantau.com/2020/…/05/manusia-bertuhankan-robot/