Hakikat kehidupan anak belia yang menakutkan kita

Anak-anak kita….

Program kali ini rasa lain betul. Bila anak-anak harapan bangsa ini bersama muhasabah kesalahan yang mereka pernah buat.

Dan majoritinya pernah berzina, minum arak, menonton pornografi…

Paling menyedihkan ada yang pernah rasa nak bunuh mak ayahnya…

Ada yang nak murtad, meragui kewujudan Tuhan dan ada juga yang nak bertukar jantina…

Allahu Allah…

Dalam kita sibuk mempertahankan hak itu dan hak ini, sibuk menyalahkan orang itu dan ini, ada antara anak-anak muda kita hanyut dengan dunia mereka sendiri.

Bila kita suarakan agar zina dibanteras, akan ada yang kata kita ekstremis.

Bila kita suarakan agar fahaman liberalisme, LGBT, hedonisme dan pluralisme melampau disekat, akan ada yang kata kita ekstremis.

Bila kita suarakan aurat dan had pakaian perlu diambil berat, akan ada yang kata kita ekstremis.

Bila kita suarakan agar konsert bebas tanpa batas, dan hiburan melampau dibanteras, akan ada yang kata kita ekstremis.

Wahai umat,

Ini baru sedikit dari anak-anak muda kita. Mungkin ramai lagi yang pernah mengalami sebegini.

Mereka (anak-anak di kolej ni) sebenarnya ingin berubah, tapi mereka rasa seolah perbuatan mereka dialu-alukan dan digalakkan oleh rakan taulan kerana tidak ramai yang benar-benar berpesan pada mereka bahawa semua silap itu sebenarnya salah dan tak kurang juga yang hanya diam dan membiarkan.

Masihkah kita rasa agama ini isu peribadi sedangkan Allah akan mempersoalkan kita di akhirat nanti bilamana kita mengabaikan kemaksiatan dan kemungkaran agama yang berlaku di sekeliling kita?

Allah…Allah…

Inilah realiti berlaku di sekeliling kita. Moga Allah beri kekuatan buat kita untuk peduli isu umat ini.

Jom kita bersama peduli akan mereka, pimpin anak-anak ini, sama-sama bermuhasabah. Sama-sama kembali mengenal dan mencintai Allah. Tahu batas syariat dalam agama. Dan yakin bahawa Allah melihat tiap perbuatan kita.

Masih belum terlambat untuk merubah dan berubah menjadi lebih baik selagi ajal belum menjemput. InsyaAllah. Allah sentiasa bersama mereka yang ingin kembali dan bertaubat. Never give up!

Life is about the journey of being better and better fiddunya ilal akhirah.

Ya Allah…Berikan kami kekuatan dalam menyantuni anak-anak ini…

Lindungi anak-anak kami generasi harapan ini Ya Rabb dan permudahkanlah urusan mereka dalam nak berubah Ya Allah…

Wallahua’lam.

Mantan Ketua Beliawanis
PEMBINA Sabah
———————————————


Penafian: Artikel ini telah diketahui oleh kaunselor dan yang terlibat. Untuk makluman, ini adalah dapatan dari sebuah program motivasi anjuran sebuah NGO belia di atas permintaan sebuah kolej. Cukup sekadar untuk kita ambil pengajaran bahawa masalah sosial ini sebenarnya makin membarah dalam masyarakat, ayuh turun padang dan bantu mereka yang berdekatan kita.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top