Anak Melayu UiTM Shah Alam cipta satelit nano harumkan nama negara dipersada dunia

FLORIDA : Malaysia khususnya UiTM telah membuktikan bahawa anak Melayu setanding negara-negara maju yang lain dalam pembinaan teknologi satelit.

Dengan pelancaran roket yang membawa satellite bersaiz nano itu mencatatkan sejarah bahawa UiTM sebagai universiti pertama di Malaysia yang melancarkan satelit seberat 1kg. Ianya diberi nama UiTMSAT-1.

UiTMSAT-1 dihantar ke Stesyen Angkasa Antarabangsa (ISS) menggunakan roket kargo Space X Falcon 9 yang dilancarkan dari stesyen Tentera Udara Cape Canaveral, Florida pada 5.42 petang waktu tempatan.

Projek pembinaan nano-satelit ini telah bermula pada tahun 2016. Ia terdiri dari empat buah negara iaitu Malaysia, Jepun, Bhutan dan Filipina. Dua orang pelajar Malaysia yang telah dihantar ke Jepun untuk membina satelit ini.

Seorang pelajar ijazah kedoktoran Pn Syazana Basyirah dan seorang pelajar ijazah sarjana yang bernama Hasif Azmi. Terdapat beberapa misi yang diletakkan di sesebuah satelit contohnya seperti:

1) Misi Kamera- Ia membawa dua camera yang sama dengan kanta yang berbeza untuk mengambil gambar dengan resolusi pelbagai. Selain itu, kamera ini juga digunakan pada resolusi minima untuk mengambil video di angkasa bagi tujuan eksperimentasi.

2) Misi Sistem Digipeater Maklumat Paket Automatik & Store and Forward (S&F)- Pengguna radio amatur boleh menghantar maklumat dari radio mereka dan akan di hantar semula oleh satelit kepada kawasan-kawasanyang diliputi oleh nano-sat.

3) Misi Demonstrasi Cip GPS- Cip GPS dipasang untuk membuktikan keupayaan cip tersebut berfungsi pada kuasa yang rendah di ruang angkasa.

4) Misi Single Event Latch-Up (SEL)- Di ruang angkasa, nano-sat ini akan terdedah kepada radiasi yang mana ia akan mengancam operasi satelit. Oleh itu, SEL berfungsi untuk log peristiwa-peristiwa sedemikian.

5) Misi Magnetometer- Ia merupakan meter atau sensor yang merakam bacaan medan magnet di ruang angkasa. Bacaan tersebut di ambil dan akan di analisis dengan bacaan medan magnet di bumi.

Pelancaran UiTMSAT-1 yang telah berlangsung di Fakulti Kejuruteraan Elektrik telah disaksikan oleh Naib Canselor UiTM. YBhg. Prof Emeritus Dato’ Dr Hassan Said, Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Ketua Pusat Komunikasi Satelit, pensyarah-pensyarah,siding media dan para pelajar. Untuk makluman, UiTMSAT-1 ini akan disimpan sementara di ISS dan dijangka akan dilepaskan ke orbit oleh angkasawan pada bulan Ogos 2018.

Turut serta dalam mengharumkan nama negara dalam misi ini adalah salah seorang aktivis PEMBINA UiTM Shah Alam iaitu saudari Nur Ain Zakaria. Beliau telah terlibat dalam proses Critical Design Review (CDR) UiTMSAT-1 di Kyutech, Japan bermula pada tahun 2017.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top