Oleh: Zaid Rais
GOMBAK- PEMBINA UIA telah menganjurkan satu kembara ekspedisi ke Kuala Terengganu dalam rangka memperkasakan jati diri belia. Seramai 12 belia menyertai ekspedisi selama tiga hari dua malam ini. Walaupun mendapat berita tentang kedatangan banjir di pantai timur, team ekspedisi ini tidak berpatah semangat untuk meneruskan misi โberjalan, melihat dan mentafsir’. Antara tujuan ekspedisi ini ialah untuk melebarkan jaringan ukhuwwah dengan belia PEMBINA Kuala Terengganu dan memberi pendedahan pengalaman mengembara menghayati ciptaan Allah.
Team eskpedisi PEMBINA UIA telah menjalankan beberapa aktiviti di sekitar Kuala Terengganu termasuk melawati tempat-tempat menarik seperti taman tamadun Islam, perlawanan persahabatan futsal bersama PEMBINA Kuala Terengganu, perkongsian pengalaman dengan Us Omar danย Nasrul dan menziarahi rumah teman dan tokoh. Sebelum pulang kami sempat membeli ole-ole dan singgah bermesra dengan keluarga pengerusi PEMBINA KL, Umar Hakim.
Secara keseluruhan, Alhamdulillah semua berjalan lancar walapun hujan yang turun secara berterusan memperlahankan gerak perjalanan kami. Walaupun terdapat insiden konspirasi yang hampir menyebabkan seorang ahli tertinggal di pertengahan jalan pulang. Menurut pengarah program, secara umumnya ekspidisi kali ini mencapai objektif yang disasarkan.
Pihak penanjur ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan ekspedisi kali ini terutama PEMBINA Kuala Terengganu, Nasrul Muhaimin, Siraj, teman-teman Institut Quran juga tidak dilupa Ust E.Omar, Ust Najib dan Pakcik Muhamad yang telah melayani kami sepanjang kami berada di Kuala Terengganu. Terima kasih kepada tuan ruman yang sudi menerima kehadiran kami, keluarga Bro Luqman, Cikgu Jamil dan keluarga En. Tajuddin. Banyak pengalaman yang diperolehi oleh peserta dan berharap agar program seumpama ini dapat dianjurkan pada masa akan datang.