Pada hari pertama, program ini dimulakan dengan slot
Pada malam hari pertama, Slot Malam “Roses From Heaven” diadakan di mana pelajar menghayati kisah-kisah wanita-wanita yang dijamin syurga melalui persembahan mereka sendiri yang berbentuk lakonan, sajak, nyanyian dan sebagainya. Setelah tamat majlis, pelajar-pelajar mengerjakan solat Isya’ secara berjemaah, dan bertadarus secara berkumpulan sebelum tidur.
Pada hari kedua, peserta-peserta memulakan hari mereka seawal pukul 4 pagi untuk berqiyamullail beramai-ramai sebelum mengerjakan solat subuh dan bertadarus. Slot pada pagi itu yang bertajuk “Contoh Wanita Sepanjang Zaman” telah disampaikan oleh Pn Rashidah Arshad sebelum program diteruskan pula dengan sebuah talk show yang bertajuk “Diari Kehidupan Jururawat: Ranjau Sepanjang Jalan”. Dr Ummu Harieza Abdul Aziz, dari PEMBINA DHL dan Cik Nuratiqah pelajar semester akhir kuliah kejururawatan UIA Kuantan, dari PEMBINA Pahang telah dijemput sebagai ahli panel dan talk show ini telah dikendalikan oleh Cik Mardhiyyah Mazlan sebagai pemudahcara. Program diakhiri dengan majlis penutup serta penyampaian hadiah.
Berdasarkan maklumbalas bertulis yang diberikan oleh para peserta, rata-rata mereka berpuashati dan seronok dengan program yang disediakan serta mengharapkan agar program sedemikian diadakan lagi. Biro Beliawanis PEMBINA Pusat ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada ajk dan fasilitator yang terlibat dalam menjayakan program Perkhemahan Ibadah Kolej Murni ini.
Disediakan oleh:
Muzaifah Hanim Muhtar
(Pengurus Modul Pembangunan Insan Kolej Murni)