Belia dan Mahasiswa harus kembali kepada identiti dan jatidirinya yang sebenar

Gombak, 14 April 2012 – Fakta 6 juta belia dan remaja Malaysia celaru identiti yang pernah dibangkitkan seorang tokoh di Malaysia telah menimbulkan kerisauan di kalangan masyarakat  dan memanggil PEMBINA UIAM untuk menganjurkan Seminar Kecelaruan Identiti Belia, bagi mengupas, membongkar dan mencari penyelesaian terbaik kepada isu tersebut.

Bercakap sebagai salah seorang panelis, Ust Salman Abdul Rahman, yang merupakan Setiausaha Agung PEMBINA menegaskan, “Islam sebagai agama rahmat yang diutuskan tidak menghapuskan bahkan mengiktiraf identiti hubungan sosial seseorang individu sebagai suatu perkara makruf”

Program yang berjaya mengumpulkan kira-kira 80 orang mahasiswa UIAM Gombak dan mendapat sokongan penuh pihak JAKIM, turut menampilkan Dr Meriam Binti Omar Din, Assistant Professor, Department of Psychology, Kulliyyah Of Islamic Revealed Knowledge And Human Sciences.  dan Saudari Wan Nor Mazuani Wan Mokhtar, Naib Juara Finalis Solehah. Forum yang dikira sangat penting untuk dibahaskan ini telah menampilkan Saudara Muhammad Uzair Izzat Amir Bin Muhammad yang merupakan JK Politik Kampus PEMBINA Pusat dan juga merupakan mahasiswa UIAM, sebagai moderator.


Ust Salman yang merupakan graduan Universiti Al-Azhar, di dalam mengulas definisi identiti individu dari kaca mata Islam berkata bahawa identiti sosial individu dari segi falsafahnya merujuk kepada hubungan (al-intima’at) semua aspek sosial kepada diri seseorang itu, iaitu semua afiliasi yang berkait rapat dengan dirinya sama ada ia identiti jantina, julat usia, agama, bangsa, kewarganegaraan, kerjaya, budaya dan lain-lain. Katanya, seorang insan yang tidak mengalami kecelaruan identiti, mampu menzahirkan hubungannya dengan semua afiliasi dengan baik.

Pada sesi Soal Jawab, seorang peserta telah bertanyakan pandangan fiqh Islam yang khusus membincangkan langkah awal membendung perasaan minat sesama jantina lelaki. Di dalam responnya, Ustaz Salman berpendapat bahawa keluasan Fiqh Islam hanya membincangkan isu tersebut secara terpencil berbanding  perbincangan sekitar peranan kaum lelaki yang lebih utama seperti berjihad, mentadbir negara, berniaga dan berdakwah. Dengan mengalihkan pemikiran daripada terlalu banyak berkhayal perkara nafsu seks, Islam menyuruh lelaki Islam memainkan peranan sebenar kejadiaannya sebagai khalifah di atas muka bumi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top