Homoseksualiti: Jenayah atau Hak?

Forum bertajuk Homosexuality: Crime or Right? telah dianjurkan oleh  Laws Student Society (Lawsoc) di UIAM. Walaupun forum ini kurang mendapat perhatian di UIAM, ia telah mendapat perhatian daripada beberapa media elektronik. Malahan forum ini juga telah mendapat perhatian daripada laman-laman sesawang yang mendokong budaya seks luar tabii termasuk Seksualiti Merdeka yang dikecam hebat oleh masyarakat di Malaysia.

Forum ini telah dijadikan batu loncatan oleh golongan yang mendokong arus liberalisme dan humanisme. Satu “kebanggaan” kerana forum sedemikian telah dianjurkan di dalam sebuah universiti yang membawa nama “Islam”.

Persoalannya yang bertubi-tubi untuk mengetuk minda kita semua, adakah perlu kita memberi ruang kepada golongan yang sama-sekali ditolak Islam dan Perlembagaan, atas dasar “hak manusia” dan keseimbangan, walhal keadilan hak-hak Islam tidak ditunaikan?

Malahan, apa yang lebih membimbangkan adalah apabila mahasiswa-mahasiswa boleh bertukar neraca dalam menentukan baik atau buruk, benar atau salah dan dalam membuat keputusan. Adakah selaku orang Islam, kita akan menerima sesuatu perkara hanya kerana PBB menyatakan ia adalah hak peribadi? Adakah kita akan menghalalkan homoseksualiti kerana PBB membenarkannya? Apakah kiblat atau neraca yang kita pakai?

Lantas, adakah sama mengharamkan sesuatu kerana PBB mengatakannya haram dan mengharamkan sesuatu kerana Allah mengharamkannya? Neraca yang dipakai adalah persoalan akidah seorang Muslim. Neraca yang dipakai pendokong Liberalism dan Humanism haruslah ditolak.

 
Oleh itu, PEMBINA menyeru mahasiswa UIAM khususnya dan belia amnya untuk merujuk Quran dan Sunnah sebagai neraca kehidupan. Penafsiran kepada Al-Quran dan Sunnah mestilah dibuat oleh orang yang ahli dan pakar dalam bidangnya, bukan ditafsir menurut pandangan hawa nafsu dan logik akal semata-mata. Visi Islamization haruslah didokong oleh mahasiswa dan mahasiswi UIAM. Segala usaha yang merugikan umat dan mencairkan akidah haruslah ditolak. Usaha pemahaman daripada sudut pandangan Islam dan penggunaan neraca Islam haruslah diberi penekanan dan diperkukuhkan.
 
Mahasiswa UIAM adalah benteng kepada arus liberalisme dan humanisme yang sedang merebak pantas di dalam masyarakat Malaysia. Ini merupakan satu kebanggaan mahasiswa UIAM dan yang lebih penting, satu tanggungjawab yang besar kepada mahasiswa dan mahasiswi terhadap masyarakat untuk generasi akan datang.

 

Penulis: MOHD EQWAN BIN MOHD ROSLAN

Presiden,

PEMBINA IIUM Chapter

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top