Kekadang perit kau rasakan
kekadang lelah kau rasakan
kau tanya diri,
apa bisa aku memasak kaki
menongkah arus duniawi
menjunjung risalah untuk disebar
sedang kau tersepit di antara duanya
memacu gerak ummah
meninggi titik jatuh ke mulia
seolah mudah pada butir bicara
bukan pada bukti amal
dan benar tentu itu
bahawa diri tidak seorangan
menyaksi mereka tangkas
dan diri sedang lesu
membugarlah segar hai jiwa lesu
langkahkan kakimu penuh yakin
rasulmu tidak berhenti derapnya
meski pecah berdarah kakinya dilontar Hajar
dan tekad Abu Bakr
melangit tinggi bakarnya
golongan riddah mesti ditentang
demi satu iman tidak berganti
dan kau lihat jejaknya diturut
demi satu iman ia berderap
ayuh lepaskanlah tali itu
yang merantai jiwa pada dunia
dan kau bangkit demi cinta
dan janji tiada mungkir
meski lautan dunia memerangmu
Allah dan malaikat di sisimu
hai jiwa yang lesu
jangan demi duri kecil
perjalanan menunduk bumi kau tinggalkan
musafir menentang kuffar kau lupakan
jangan
sekali-kali jangan
bahawa kufur selepas iman itu seksa
biar tinggi derajat amalmu
neraka Allah untuk pendosa
syurga-Nya milik yang ikhlas
hai jiwa yang membentak
bentakan dunia itu fatamorgana
lambaian syurga itu yang benar
jangan kau pilih merenung saja
tidak ada kata dua bagi dunia
hanya menyingkir itu yang benar
jangan berdalih antara dua
kerna diin ini yang tunggal cuma
syurga bukan tukarannya dunia
manisnya tidak bisa diraih dengan pahitnya dunia
syurga itu bagi mereka yang tunduk
tunduk untuk Satu dan demi Satu
tundukkan hawamu pada al-Haq
bersihkan hatimu dari selut dunia
kobarkan bara semangatmu meninggi
dan tundukkanlah bumi ini buatmu
Oleh Mohd Azmir Mohd Razli