Dari kiri moderator forum Puan Hidayah Ismail, ahli panel Dr. Rafidah Hanim Binti Mokhtar, Puan Siti Affiza Binti Mohamad dan Dr. Nur Fatiha Binti Kamarzaman
CYBERJAYA 18 Jun 2011- Beliawanis bijak memerlukan minda yang cergas dan berinformasi maka perkongsian ilmu dan pengalaman oleh ikon-ikon beliawanis berjaya telah dilaksanakan dalam forum wanita yang bertajuk “Ikon Muslimah”.
Moderator forum, Puan Hidayah Ismail (PEMBINA Melaka) bijak mengendalikan majlis menjadikan para peserta tidak bosan dimana ahli panel yang terpilih adalah Dr. Rafidah Hanim Binti Mokhtar dari PEMBINA Bangi, Puan Siti Affiza Binti Mohamad dari PEMBINA Melaka dan Dr. Nur Fatiha Kamarzaman merupakan PEMBINA Terengganu.
Pusingan pertama berjalan di bawah tajuk “Memacu dakwah dan rumah tangga dalam merancang kerjaya”, antara jawapan daripada Dr. Rafidah Hanim Binti Mokhtar adalah kerjaya hanyalah wasilah dakwah dan rumah tangga.
Puan Siti Affiza yang memiliki sebuah tadika, Aulad Muslim dan merupakan Setiausaha Sekretariat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) berkata jika orang lain boleh melihat potensi yang ada dalam diri, mengapa tidak kita dan hendaklah berani menanggung risiko.
Kita harus ada rasa atau sesuatu yang mendorong untuk kita memberi sumbangan, kata Dr. Nur Fatiha agar pembawakan diri dalam berpersatuan efektif.
Barisan tetamu kehormat sedang khusyuk mendengar perkongsian yang disampaikan
Forum diteruskan sehingga ke pusingan ke dua dan ketiga, antara intipati jawapan yang menarik dan berhikmah adalah:“Islam telah dipesongkan oleh musuh-musuh melalui wanita untuk memesong dan mematahkan kredibiliti Islam di mata dunia seperti Aminah Wadud yang mengimamkan solat jumaat dan saf bercampur jemaah lelaki dan wanita merupakan antara contoh terbaik yang menunjukkan jarum suntikan musuh-musuh Islam berjaya.
Beliawanis bijak memerlukan minda yang cergas dan berinformasi
Daie kini perlu punyai perancangan yang bersistem dalam dakwah.” – Dr. Rafidah Hanim Binti Mokhtar
“Berpersatuan membantu seseorang itu untuk menjadi orang yang lebih seimbang. Buang sikap suka mengkritik tetapi carilah penyelesaian atas sesuatu masalah yang menimpa.” – Dr. Nur Fatiha Kamarzaman
“Perniagaan merupakan 2/3 punca rezeki namun, sikap penggantungan tawakkal dan kesabaran yang tinggi kepada Allah atas segala usaha yang dilakukan. Kekurangan yang ada merupakan cabaran dan jika nak, maka seribu kali daya harus dilakukan untuk berjaya dalam perniagaan.” – Puan Siti Affiza
Mimi Safuan
Wartawan
Media PEMBINA