Ayuh! Lenyapkan Zionis dengan Tindakan Kita

Terdapat banyak peranan yang boleh dimainkan oleh kita sebagai saudara dan saudari orang Islam Palestin.

Fahami isu Palestin

Apakah kepentingan isu ini kepada kita. Mampu untuk menerangkan kepentingan isu Palestin kepada orang Islam yang lain. Realiti orang Islam sekarang, sama ada di Tanah Arab, atau negara-negara lain. Apa yang kita mahu dari penyebaran ini?

Boikot Israel dan ideologi zionis

Memberikan tekanan kepada pihak-pihak berkuasa supaya sama-sama menyokong perjuangan menentang zionis dan menyokong perjuangan rakyat Palestin membebaskan Palestin

Berbuat sesuatu.. Bukan hanya bercakap

Jika kita melihat adik, ibu bapa atau saudara mara kita luka tercedera dalam kemalangan, adakah kita hanya duduk bersama melihat dan mengatakan.. “siannya.. sakit ye?”

Tukarkan isu Palestin menjadi isu negara kita

Selama ini kita hanya berjaya menjadikan isu Palestin sebagai isu Luar Negara. Perasankah wahai para daei sekalian? Isu Palestin itu hanya bertaraf ‘isu luar negara’ selama ini di akhbar-akhbar dan media negara kita? Dr Azam telah mencadangkan kepada kita supaya isu Palestin ini ditukar menjadi isu tempatan. Dengan kata lain; kita tidak melupakan, walau sesaat apa yang berlaku di sana dan tidak lalai dari memberikan sebarang bentuk bantuan

Lakukan hubungan dengan semua individu dan organisasi semaksimumnya agar Isu Palestin PASTI tersebar kepada semua individu dan organisasi

Sebelum tidur dan setelah meletakkan kepala di bantal, cubalah jawab dahulu soalan ini “Apakah yang telah aku lakukan untuk Palestin?”

Setelah berkonvensyen selama sehari suntuk, marilah kita menyambung langkah-langkah perjuangan kita membebaskan Palestin dari cengkaman Zionis.. Bagi yang belum memulakan langkah, inilah masa yang sesuai untuk memulakannya. Jangan tangguh-tangguh lagi.

Usah memperkecil usaha-usaha dan kerjasama orang dalam membantu mengalahkan zionis walaupun dengan hanya mengangkat kerusi meja ke dalam dewan.

Sejarah telah membuktikan, Islam bukan menang kerana kekuatan dan besarnya jumlah yang ada pada mereka, tetapi dengan rahmat dan kekuasaan Allah mengucar-kacir kan pihak musuh. Oleh itu berusahalah mendapatkan RAHMAT ALLAH. Jangan cuai walau sesaat.

Tiada yang mutahil dengan izin dan rahmat Allah.

Oleh: Dr. Azzam Tamimi

Dipetik dari: pembinapahang.blogspot.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top