Arus Baru alternatif kepada belia atas pagar

PUTRAJAYA, 9 Mac- Arus Baru adalah alternatif baru yang dinantikan oleh kebanyakan masyarakat terutamanya pihak belia yang tidak tahu untuk membuat pilihan, kata Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Saudara Ibrahim Bin Mohd Hassan. Hal ini berikutan senario politik Malaysia hanya berasaskan dua politik sahaja dan kita tidak mempunyai alternatif lain jika tidak bersetuju dengan dua parti politik yang terbesar ini, ujar beliau.

“Saya lihat Arus Baru ini datang pada waktu yang tepat, dimana belia tidak tahu membuat keputusan untuk menyokong yang mana satu”. Menurutnya belia tidak boleh duduk atas pagar dan mesti mempunyai prinsip yang jelas yang masih keliru untuk membuat keputusan.

Beliau turut menyeru kepada semua belia untuk turun mengundi kerana PRU ke-13 ini menentukan masa depan negara dari sudut pengukuhan Islam. “Jadi belia perlu bijak, belia perlu pandai dan menggunakan hak yang telah diberi kepadanya kerana setiap undi yang kita berikan akan ditanya oleh Allah”. Arus Baru merupakan kuasa ketiga merentas parti politik dalam memimpin pandangan umum rakyat dalam menilai masa depan dan hala tuju politik umat islam dan bangsa Melayu.

Dalam pertemuan ringkas semasa pelancaran Arus Baru, beliau turut menyeru agar belia untuk menyokong dan mengundi calon yang berada di parti BERJASA, UMNO, PAS atau PKR asalkan mereka meletakkan calon muslim yang berwibawa. Beliau berkata lagi lima criteria calon muslim berwibawa mestilah amanah, jujur, berakhlak, menjaga kesejahteraan dan menjaga keharmonian, kerana dari calon muslim ini akan terbentuk kerajaan yang mantap bukan berdasarkan parti.

Wartawan: Nursabihah Mohtar

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top