Artis K-pop dan gadis Melayu.


kpop 1

Semalam kita dikejutkan dengan sebuah video artis K-pop memeluk gadis melayu di atas pentas semasa persembahan. Gadis itu pula seakan rela dirinya dipeluk dan diperlakukan sedemikian. Lalu apa yang boleh kita perkatakan?

Isu ini bukan isu biasa, isu ini berkait rapat dengan akidah dan akhlak umat islam. Bilamana mereka sanggup membiarkan diri sendiri bebas dipeluk lelaki bukan mahram, ia merupakan satu hal yang sangat berat.
Rosaknya akhlak, hilangnya kewarasan untuk berkeras dalam syariat agama.

Mana salahnya? Mana puncanya?

Bila mana media massa sama-sama menyokong hal ini, buka televisyen sana sini lagu lagu K-pop kedengaran. Buka radio sana sini, lagu K-pop jadi melodi harian. Remaja yang masih goyah pegangannya, remaja yang tiada kuat akidahnya akan mudah terpengaruh.

Persoalannya, mengapakah mereka sampai hilang kewarasan diri sehingga dibiarkan dipeluk artis K-Pop. Dek kerana terlalu tergila-gila dengan penyanyi-penyanyi K-Pop. Mana tidaknya, setiap hari dihidangkan dengan video muzik K-Pop, setiap hari lagu-lagu K-Pop menjadi zikir harian.

{ وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا (32) وَ} [الإسراء : 32 ،]

(Surah al-Isra’, 17: 32) Bermaksud: Dan jangan kamu hampiri zina kerana bahawasanya ia merupakan perkara keji dan jalan yang paling buruk.

Isu ini tidak akan terus sampai kepada kemuncaknya. Bersesuaian dengan isu zina yang mempunyai rentetan sebelum hal ini berlaku. Pertemuan yang menjadi rentetan zina, perbualan kosong yang mencetuskan rindu, saling berpandangan yang makin merosakkan hati. Keputusan akhirnya, bila mana dua pihak tidak lagi mampu mengawal kehendak diri, zina menjadi solusi.

Seindahnya seorang muslimah itu menundukkan pandangan, tetapi apabila mereka tidak menundukkan padangan dan bebas menonton cerita cerita K-Pop yang penuh dengan kemaksiatan, hal ini yang membuka lebih banyak jalan kemungkaran. Sehingga mereka tidak sedar mereka sedang melakukan maksiat.

Sehinggakan peristiwa mereka dipeluk oleh artis K-Pop di atas pentas, mereka sehinggakan tiada meresakan apa-apa kesalahan, dek kerana hilang kewarasan akal kerana terlalu tergila-gilakan artis K-Pop yang selama ini mereka puja.

Bila mana mata disajikan dengan perkara yang mungkar, telingan ditadahkan mendengar lagu yang melalaikan, hati jadi makin kabur, akal menjadi kurang waras, iman menjadi makin tipis. Keputusan akhirnya, ramai remaja menjadi tergila-gila dengan apa yang mereka tonton. Remaja menjadi ingin semakin dekat apa yang mereka puja .

Artis-artis K-pop jadi idola, artis artis lagha jadi ikutan. Mereka diagungkan, mereka dilaungkan.

Terhasilah remaja yang rapuh imannya, goyah akidahnya.

Sudah lah tak bawa manfaat,
Melodi nya ajak pada maksiat,
Remaja makin jauh tersesat,
Bila ditegur terus hambur kata kata kesat

Salah siapa ?

Bukan kesalahan yang dicari tetapi solusi yang dinanti. Hal ini semua perlu bersatu hati. Mengambil tempat masing –masing dalam kedudukan posisi memainkan tanggungjawab yang diberi.

Agama perlu dalam hati, Islam perlu disemat kuat-kuat sejak kecil lagi. Media massa perlu berhenti siar video maksiat sana-sini. Ibubapa perlu awasi anak-anak kemana mereka pergi, dengan siapa mereka habiskan hari.
Kepada Allah juga kita pergi cari solusi.

Hidup ini bukan lama sangat, jangan sia-sia kan dengan maksiat . Tiada apa yang terlambat, bila kepada Allah kita lari untuk bertaubat. Pintu taubat hanya tertutup bila hanya ajal datang menjemput.

Kepada semua beliawanis diluar sana, kami di PEMBINA dengan besar hatinya mengalu-alukan anda semua untuk bersama-sama kami. Kami sentiasa menyediakan aktviti-akiviti untuk membina jati diri muslimah moga sentiasa dekat di jalan Allah.

Sebaik baik perhiasan adalah wanita muslimah.

Sharifah Qurratu Aini Bt Sayed Shariffuddin.
Aktivis PEMBINA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top