Aktivis PEMBINA terima anugerah Maulidur Rasul

 

Alifah

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Aktivis Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Alifah Ting Abdullah telah menerima Anugerah Khas Saudara Baru pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Masjid Al-Ghazali Kepong anjuran Jabatan Agama Islam (JAWI) malam semalam.

Beliau memeluk Islam pada tahun 2013 selepas tertarik dengan keindahan akhlak sahabat-sahabatnya ketika menuntut di Kolej UNITI, Negeri Sembilan.

Di sebalik rasa gembira kerana mendapat anugerah, namun menurut beliau, di sudut hatinya beliau merasakan tanggungjawab yang lebih besar iaitu bertambahnya satu beban dakwah.

Beliau berkata, selain tunjuk ajar pensyarah dan rakan-rakan, tarbiyah ISMA dan PEMBINA banyak membentuk dirinya sekarang menjadi wanita muslimah yang solehah.

“Saya berharap akan dapat istiqamah dalam Islam bersama ISMA dan PEMBINA. Semoga saudara-saudara baru supaya tabah dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan PEMBINA selepas menerima anugerah itu yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), YBhg. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya.

Penerima anugerah Maulidur Rasul dipilih berdasarkan sumbangan mereka dalam mencetuskan inspirasi dan motivasi dalam meningkatkan syiar Islam untuk meletakkan Islam di tempat tertinggi untuk meneruskan kesinambungan dakwah Rasulullah s.a.w.

Beliau menerima hadiah RM3,000, trofi dan sijil.

Nor Syamimi Musa

Wartawan PEMBINA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top