Al-Amin: Pejuang Media Islami

Peranan media tidak ubah seperti seorang da’ie yang mampu menarik perhatian masyarakat untuk membaca, menghayati, menerima dan seterusnya mempraktikkan mesej yang disampaikan. Dunia media kini ketandusan pengamal media yang benar-benar mempraktikkan etika media yang berlandaskan hukum syara’.

Melihatkan kelesuan media Islami masa kini, krew ikon mahasiswa menampilkan seorang aktivis PEMBINA yang sudah sebati dengan dunia media dakwah. Beliau merupakan saudara Muhammad Al-Amin b Mohd Asri, seorang aktivis PEMBINA Bangi yang juga merupakan Presiden PEMBINA Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Beliau merupakan anak sulung daripada 8 orang adik beradik kepada pasangan Ustaz Mohd Asri dan Ustazah Junainah, lahir pada 16 Disember 1992 di bumi anbiya’ Kaherah, Mesir dan kini menetap di Gombak, Selangor.

family

Memulakan pendidikan peringkat rendah di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak, kemudian melangkahkan kaki ke peringkat menengah di Maahad Al-Quran dan Bahasa Arab Al-Manar sehingga tingkatan empat sebelum melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Islam Hira’ Jeram. Kemudian bermulalah kehidupan beliau sebagai seorang mahasiswa di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dengan memasuki Pusat Asasi KUIS, dalam bidang Asasi Informasi & Teknologi. Kini beliau merupakan mahasiswa Sarjana Muda Informasi & Teknologi Multimedia di KUIS.

Sering menerima jemputan untuk menjadi ahli jawatan kuasa program-program anjuran pelbagai kelab dan persatuan di KUIS mahupun di luar kampus kerana bakat seni yang ada padanya, beliau juga bergiat aktif dalam seni rekagrafik, fotografi, videografi dan kini telah mempunyai syarikat media tersendiri yang dinamakan Mentalgraphy.

Meskipun sibuk dengan pembelajaran, saudara Al-Amin masih bergiat aktif dalam berpersatuan di dalam dan luar kampus. Kini beliau merupakan Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat (PMFSTM) KUIS, juga merupakan seorang ahli jawatan kuasa Unit Produksi Media ISMA Pusat, Fotografer PEMBINA dan juga Pengarah Seni Kreatif Pembina Production.

mentalgraphy rebrandWalaupun sibuk berpersatuan, beliau masih mengekalkan prestasinya dalam pembelajaran. Sewaktu pengajian di Pusat Asasi KUIS, beliau telah mendapat Dean’s List Award pada ketiga-tiga semester dan terus mengekalkan prestasinya di peringkat sarjana muda. Ketika ditanya mengenai rahsia pencapaiannya, saudara Al-Amin menyatakan bahawa beliau cuba berkawan dan menjalinkan hubungan yang baik dengan semua warga KUIS tak kira samaada mahasiswa, staf, pensyarah dan pengurusan. Kata beliau, “Apabila kita menjalinkan hubungan yang baik dengan semua orang, keberkatan Allah akan datang lantas memudahkan urusan yang sedang dan bakal kita hadapi”.

Apabila ditanyakan mengenai PEMBINA, saudara Al-Amin menyatakan bahawa PEMBINA merupakan platform terbaik untuk beraktivisme khususnya buat mahasiswa-mahasiswa yang ingin mengilap potensi diri. Selain daripada menganjurkan pelbagai aktiviti untuk mahasiswa dan belia, PEMBINA komited dalam menyampaikan mesej kepada masyarakat umum tentang bahaya pengaruh ideologi-ideologi luar yang mengancam dan menghakis jati diri pemuda. PEMBINA juga mempunyai visi dan misi yang konsisten dan tegas berpegang pada prinsip tanpa tunduk memihak kepada mana-mana sogokan mahupun ancaman luar. Beliau juga menyeru kepada pemuda-pemudi yang belum menyertai PEMBINA untuk turut bersama-sama menyertai PEMBINA bagi membangun kecemerlangan ummah melalui pembinaan jati diri individu setiap pemuda.

Nasihat beliau kepada pengamal media di luar khususnya mahasiswa dalam memberikan maklumat menggunakan apa jua saluran media hendaklah mengambil kira ajaran Islam yang sebenar, agar mesej yang disampaikan mampu membentuk hati, jiwa dan akhlak yang baik. Maklumat yang ingin disampaikan melalui media hendaklah sahih dan tidak mengelirukan masyarakat. Selain itu, masyarakat juga tidak boleh menerima bulat-bulat sesuatu perkara yang disampaikan jika tidak pasti kesahihannya. Firman Allah SWT di dalam surah al-Hujurat ayat 6 yang bermaksud;

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”.

himmah foto

2 thoughts on “Al-Amin: Pejuang Media Islami”

  1. kita tidak kelesuan media islami sebaliknya kita sebenarnya ditengelami media islami yang digunakkan sesetengah pihak utk populariti ,dasar perjuangan islam dan menengakkanya hanyalah diletakkan dalam laci dan poket sahaja , dunia syar’i tidak diperluas dan hanya menjadi tren sahaja . semoga pembina mampu mengubah prespektif mata dan minda masyarakat dunia ..

Leave a Reply to Ibnabdrhmn Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top