Tahniah Ketua Beliawanis Melaka atas kejayaan yang membanggakan

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ketua Beliawanis Melaka, Saudari Afiqah Hamzah di atas kejayaan yang sangat cemerlang sehingga dianugerahkan “Anugerah Pro- Chancellor dan Best Postgraduate Student Award” UTM Skudai.

Aktivisme PEMBINA ini telah membuktikan bahawa beraktivis mebukanlah satu penghalang untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran.Bahkan membolehkan kita lebih menghargai masa yang ada untuk belajar dan melaksanakan aktiviti berfaedah dalam membantu ummah.

Setelah ditanya kepada saudari Afiqah apakah tips kejayaan yang boleh dikongsikan kepada ahli PEMBINA dan mahasiswa yang lain, kata beliau perkara yang paling utama yang perlu kita lakukan dalam ingin mencapai kejayaan adalah“menjaga hubungan dengan Allah dan ibu bapa”. Perkara ini sangat perlu kita jaga sebagai seorang muslimah sejati, seterusnya juga tidak pernah berputus asa dalam apa jua keadaan adalah satu prinsip hidup yang sentiasa beliau pegang dengan erat. Selain itu, belajar berkumpulan dan sentiasa berjumpa dengan pensyarah adalah tips yang sangat membantu dalam menguasai sesuatu ilmu yang dipelajari.

Harapan kepada semua ahli Pembina agar terus beraktivisme dan melaksanakan tuntutan sebagai seorang muslim/ah sejati . Beraktivisme tinggi bukan suatu perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi lemah dalam pelajaran kerana nanti akan menjadi terlalu sibuk tetapi jika kita mengatur strategi perancangan pelajaran dan juga disiplin dalam menjaga masa seharian kita juga boleh mencapai kejayaan yang cemerlang dan terbilang.

kb melaka

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top