Kuala Lumpur, 27 Jan – Ahli Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) mesti menguasai sejarah gerakan mahasiswa sebagai panduan dalam merangka gerak kerja aktivisme yang strategik.
Menurut Nor Aizat Rahimi b Rostam Rahimi, Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia (PSM) Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), sejarah gerakan mahasiswa mengajar kita bahawa gerakan amal islami akan berjaya bilamana ahlinya mempunyai pegangan agama yang kukuh.
“Andai kita menyelusuri sejarah gerakan mahasiswa di Malaysia, kita akan dapati bahawa sentiasa ada pertembungan antara gerakan amal islami dan gerakan-gerakan lain seperti sosialisme dan sebagainya.
“Sejarah menunjukkan bahawa, gerakan Islami hanya mampu berjaya bilamana ahli-ahlinya memahami dan menjiwai dasar-dasar Islam yang tulen, dan tidak mencampur-adukkannya dengan ideologi yang bercanggah dengan Islam.
“Oleh itu, amat penting bagi ahli PEMBINA memberikan sepenuh komitmen dalam tarbiah individu masing-masing agar dapat membentuk kefahaman islam yang kukuh dalam diri”.
Walaubagaimanapun, Nor Aizat berkata, sejarah menunjukkan bahawa memahami dasar asas Islam sahaja tidak mencukupi.
“Selain daripada mendalami dan menjiwai asas Islam yang kukuh, sejarah juga menujukkan bahawa sesebuah gerakan itu perlu menguasai dan mengetahui metodologi dan strategi pihak lawan”.
Katanya lagi, tanpa memahami gerak kerja dan strategi pihak lawan, maka pejuang gerakan islam akan berada dalam keadaan “syok sendiri” serta mudah ditipu dan diperdaya dengan muslihat musuh.
“Sebaliknya, jika pejuang gerakan Islam itu melakukan kajian yang mendalam dan memahami gerak kerja musuh, ini akan menjadi panduan kepada pejuang gerakan Islam untuk membuat keputusan yang terpandu, berhikmah dan matang.
Kerana itu Nor Aizat menegaskan, ia amat penting untuk ahli PEMBINA menguasai sejarah gerak mahasiswa di Malaysia, serta belajar daripada pengalaman dan peristiwa terdahulu demi memastikan mereka dapat merangka gerak kerja yang lebih strategik.
Nor Aizat Rahimi b Rostam Rahimi berkata demikian ketika menyampaikan pembentangan bertajuk ‘Sejarah Gerakan Mahasiswa’ di program PRINTIS anjuran PEMBINA cawangan Bangi pada 23 Januari yang lalu.
PRINTIS yang dianjurkan di Kem Bahtera, Hulu Langat ini merupakan program kepimpinan untuk generasi pelapis PEMBINA cawangan Bangi dari kalangan pelajar IPT di sekitar Bangi.
Nor Aizat Rahimi b Rostam Rahimi
Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia (PSM)
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)
Sertai channel PEMBINA di Telegram
https://telegram.me/PEMBINAMalaysia
Siapa dimaksudkan ‘musuh’ PEMBINA dlm artikel ini?
Pembina sebuah ngo, gerakan dakwah atau mahu jadi parti politik kampus? Apa minda kamu mengenai kerjasama dengan gerakan politik sedia ada di kampus, seperti bekerjasama dgn Gm atau Aspirasi. Tolong jawab. Kamu suka atau menolak kedua2 utk bkjasama?
Adakah kamu seperti PAN? muncul dari kesempatan persengketaan sesama muslim untuk mendakwa kamulah yang lebih betul?