Apa Agenda Mahasiswa?

apa agenda mahasiswa pembina malaysia

Mahasiswa kini berhadapan dengan satu krisis hilang jati diri yang sangat parah, khususnya Mahasiswa Melayu Islam.

Kejadian-kejadian yang berlaku kebelakangan seperti penganjuran sebuah program Melaka Art Design Student di salah sebuah Universiti Awam di sini sangat membimbangkan kita.

Ini memberi tanda bahawa agenda Mahasiswa dibentuk oleh satu arus yang sebenarnya merosakkan jati diri sebagai seorang muslim.

Jika satu ketika dahulu, gerakan mahasiswa berperanan membentuk pemikiran masyarakat dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara, tetapi kini tidak lagi.

Apakah agenda mahasiswa kini hanya memenuhi tuntutan nafsu yang pada sangkaan mereka itulah cara sebenar meluahkan erti kebebasan dan ketenangan?

Bahkan itu adalah ketenangan yang memperdaya.

“(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.” (QS. Al Ra’du [13]: 28)

Sekarang bukan lagi masa menuding jari pada semua pihak kerana ia tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah, bahkan menambahkan lagi persengketaan.

Tiba masa semua pihak berhenti sejenak, merenung kebelakang, untuk mengorak langkah dengan agenda yang jelas.

Justeru, saya menyeru kepada semua pihak, khususnya yang bergelar mahasiswa, sama ada pimpinan mahasiswa, mahupun sebagai individu, sekurang-kurangnya, jadikan 5 perkara ini sebagai agenda kita dalam memastikan Mahasiswa terus berperanan dalam pembentukan negara seterusnya memastikan generasi akan datang terus terpelihara.

Pertama, menjadikan Islam yang tulen sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah dan difahami oleh para sahabat Baginda sebagai pegangan yang kukuh.

Dalam apa juga perancangan hendaklah memastikan tidak melanggar batas syarak tanda penghambaan kita kepada Allah yang menciptakan kehidupan dan kematian.

Kedua, menerapkan nilai semangat kebangsaan dan semangat patriotisme lambang cintakan tanah air.

Dengan semangat ini, semua pihak akan bergandingan tangan memastikan setiap program dan aktiviti akan memberikan sumbangan yang positif kepada pembangunan kawasan setempat seterusnya negara.

Ketiga, meledakkan potensi dan pengupayaan mahasiswa. Potensi-potensi yang ada pada mahasiswa haruslah disalurkan pada landasan yang betul dan seterusnya menyumbang kepada meletakkan negara setanding di persada dunia.

Keempat, semua pihak perlu memberi sokongan yang padu kepada usaha-usaha meningkatkan pengupayaan universiti sebagai institusi mempersiapkan mahasiswa kelas pertama secara holistik yang merupakan bakal pemimpin negara.

Kelima, meningkatkan kesarjanaan & intelektualisme. Kita bukan ingin melahirkan mahasiswa yang hanya cemerlang dalam akademik semata-mata, tetapi juga mampu menganalisa isu-isu khususnya isu yang menyentuh pembangunan negara.

Dan dalam Pembina, kami yakin semua usaha itu mampu dicapai dalam pakej-pakej & produk-produk yang ditawarkan i.e BAKTI, KEPIMPINAN, TARBIYAH, MEDIA, REKREASI.

Justeru, kami membuka tangan seluas-luasnya untuk menyambut mana-mana pihak yang ingin bersama kami dalam melestarikan agenda ini. Pepatah Melayu ada mengatakan, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Akhir kata, andai Rasulullah masih ada pada zaman kita, apa nak kita katakan kepada Baginda terhadap apa yang berlaku kini?

farhan abdullah pembina melaka

Mohd Farhan Bin Abdullah
Pengerusi Pembina Cawangan Melaka

Layari juga: Laman Web Rasmi Pembina Melaka


 

“Sedekad Penuh Tekad”

▶︎ Sertai Telegram Channel PEMBINA Malaysia hari ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top