Adakah Tiong Lai mahu batal etika berpakaian sopan?: PEMBINA

 

tiong

 

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Khamis – Tindakan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mahu mengambil tindakan terhadap seorang pengawal keselamatan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung isu kain sarung membabitkan seorang wanita Cina baru-baru ini amat tidak wajar.

Menyifatkan tindakan Tiong Lai sebagai keterlaluan, Naib Presiden 1 Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Muhammad Uzair Izzat Amir Muhammad, berkata mustahil sebagai menteri, Tiong Lai sendiri tidak tahu etika berpakaian di jabatan kerajaan.

Muhammad-Uzair-1

“Saya lihat tindakan dia itu seolah-olah menegakkan peraturan rimba. Walhal pengawal keselamatan tersebut hanya menjalankan tanggungjawabnya sahaja.

“Jadi kenapa disebabkan seorang wanita Cina, dia pun nak langgar etika pemakaian yang ditetapkan?” katanya kepada Ismaweb.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Liow yang mahu menyiasat kes itu serta-merta dan memberikan jaminan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap pengawal terbabit yang mengarahkan wanita Cina itu memakai kain sarung.

Isu ini timbul apabila wanita yang dikenali sebagai Suzanne G L Tan dikatakan berpakaian tidak sopan iaitu skirt singkat atas paras lutut ketika ingin berurusan dengan JPJ sehingga menjadi viral di media sosial melalui gambar yang dimuat naik di Facebook.

Uzair berkata, etika berpakaian ini dibuat berlandaskan adat ketimuran dan budaya tempatan.

“Kenapa perlu dibela wanita itu. Sebagai menteri, dia mesti faham etika berpakaian yang telah berkuat kuasa. Ia mesti dipatuhi untuk menjaga kepentingan umum,” katanya.

1 thought on “Adakah Tiong Lai mahu batal etika berpakaian sopan?: PEMBINA”

  1. Lepas ni boleh kita rakyat Malaysia pakai seluar pendek saja untuk berurusan dengan JPJ atau mana-mana agensi kerajaan. Nanti menteri boleh bagi sokongan dan amik tindakan yang patut.

    Tak tahu la apa nak jadi setiap orang menteri-menteri di Malaysia ini.

Leave a Reply to yan Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top