Rakyat Perlu Menjaga Kesopanan dan Kesusilaan, Hormati Rukun Negara yang Kelima

GOMBAK 11 Jun – Etika kod pemakaian bagi pelawat-pelawat yang mengunjungi premis kerajaan di Malaysia bukanlah sesuatu yang baru bahkan ianya tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia yang mendiami negara ini. Adalah menjadi satu tanggungjawab untuk mematuhi etika kod pemakaian ini bagi semua pihak yang berurusan di premis-premis awam tanpa mengenal status dan pangkat sama ada mereka merupakan staff premis tersebut mahupun hanya pelawat atau pelanggan yang berurusan di sana.

Ironinya, kefahaman untuk mematuhi etika kod pemakaian ini tergugat dan menjadi pertikaian dek insiden yang berlaku kepada seorang pelawat yang gagal mematuhi kod etika berpakaian untuk wanita. Wanita tersebut dikatakan enggan dilayan oleh pegawai bertugas dek pemakaiannya yang tidak mencapai piawaian premis awam terbabit. Dalam konteks situasi ini, pelanggan wanita tersebut perlulah rasional dan menilai mengapa pegawai tersebut berbuat demikian.

 

photo_2015-06-12_14-26-49

 

Pegawai tersebut hanya menjalankan tugasnya sebagai seorang pegawai kerajaan yang mengimplemen kod etika pemakaian yang sudah lama termaktub dalam pekeliling Jabatan Perdana Menteri Malaysia sejak tahun 1985. Tindakan pegawai itu adalah relevan dengan situasi iaitu dengan menyerahkan kain sarong atau lebih dikenali dengan kain batik agar pelanggan wanita ini boleh berpakaian dengan lebih sopan dan tidak mengganggu keselesaan individu lain yang berada di premis sama ketika itu. Caranya menegur bukanlah dengan kata-kata kasar atau perlian tetapi menunjukkan solusi yang jelas dan pantas tanpa niat memalukan mana-mana pihak.

Dalam ertikata lain pegawai ini telah melaksanakan tangggungjawabnya dengan jujur dan telus, maka ianya wajar dicontohi. Mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan kod etika ini hanya untuk Muslim, Puan Masita berkata, hal ini tidak sepatutnya dilihat dari sudut agama semata – mata dan bersikap apologetik kerana kod etika berpakaian adalah bersifat umum, patut dipatuhi oleh semua tanpa mengira bangsa ataupun agama. Etika tersebut hanya menggariskan panduan untuk tidak berpakaian mencolok mata ketika berurusan dan menghormati orang lain yang mematuhi kod berpakaian.

Dakwaan mengenai cara berpakaian pelanggan tidak akan menjejaskan kecekapan pegawai dalam bertugas, itu bukanlah soalnya. Ketelusan pegawai yang tidak berkompromi dengan apa-apa faktor luaran termasuklah dalam hal ini, wajar dipuji.

Etika kod pemakaian di agensi – agensi kerajaan Malaysia digubal bukanlah untuk menyusahkan mana-mana pihak, tetapi digariskan sebagai panduan agar rakyat Malaysia menjadi rakyat yang bersopan santun, terjaga peribadi Dan penampilan walau di mana mereka berada.

Isu ini telah menjadi kontroversi kerana terdapat pihak yang mengulas isu bersandarkan penilaian emosi. Namun, jika dinilai secara professional, terutama dari segi tempat, masa dan situasi insiden ini, kesalahan tidak sepatutnya diletakkan ke atas pegawai tersebut semata – mata, tetapi penilaian semula perlu diteliti terhadap kesedaran rakyat Malaysia berkaitan kefahaman mengenai tatasusila dan kesopanan dalam berpakaian, sekaligus menguji sejauh mana kita mempraktikkan Rukun Negara yang kelima iaitu Kesopanan Dan Kesusilaan. Adat ketimuran yang dijunjung ini merupakan satu keunikan bagi rakyat Malaysia yang sepatutnya dipelihara. Semangat nasionalisme semakin terhakis dek hak kebebasan bercakap yang diperjuangkan.

Puan Masita Binti Abu Bakar
Pemangku Ketua Beliawanis
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA ) Cawangan Gombak

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top