ISIS: Kaedah “SEMANTIC INFILTRATION” Terhadap Konsep NEGARA ISLAM ( Siri 2)

stanislaw-lec-poet-quote-in-a-war-of-ideas-it-is-people-who-get

The War Of Ideas

The War of Ideas secara ringkasnya adalah suatu bentuk perang pemikiran. Dalam konteks tulisan saya dan kerelevenan masa kini  ia adalah perang pemikiran antara ideologi Islam dan ideology liberal-demokratik barat.Semantic Infiltration pula adalah modus operandi dalam The War of Ideas antara ideology Islam dan ideology barat. Ia dipraktikkan dengan memberi makna yang menyeleweng serta dipakaikan terhadap element-element yang bersifat fundamental dan integral dalam membangunkan Islam sebagai ketamadunan dunia yang hebat. (e.g: Islamic State dan Jihad)

Menurut penganalisa polisi RAND corporation Angel Rabasa, beliau memberi gambaran objektif war of ideas adalah usaha mendifiniskan Islam itu sendiri.

“The struggle in much of the Muslim world today is a war of ideas..This is not a war of civilizations; it’s not Islam versus the West. It’s a struggle within Islam to define the character of Islam.”[1]

Walaupun mereka menyebut Islam yang perlu struggle dengan diri sendiri tetapi sebenarnya, merekalah yang cuba mengubah karakter Islam dengan membuat penyelewengan makna kepada Islam.

Pada tahun 2001, Amerika dan barat telah menjadikan jihad sebagai sasaran dan pada tahun 2013 ia telah diikuti dengan perkataan Islamic State. Dalam bahagian ini saya akan menjelaskan secara terperinci bagaimana strategi barat terhadap perkataan Jihad sebelum pada bahagian seterusnya saya mengulas pula tentang Islamic State. Sengaja saya tidak terus menjunam mengulas isu pokok iaitu Islamic State dan pergi dahulu kepada jihad kerana ia adalah latar belakang sejarah yang perlu difahami baik sebelum perspektif yang sama digunakan pada konteks semasa.

JIHAD: Latar Belakang

Seperti apa yang disebut oleh J. Michael Waller di dalam buku beliau Fighting the war of Ideas like a real War cubaan memburukkan makna Jihad ini telah bermula seawal tahun 1970. Dilakukan oleh Muslim sendiri awalnya. Yaser Arafat yang melabelkan gerakan Islamic Jihad sebagai terrorist. Gerakan yang dipimpin oleh Aboud Az-Zumari iaitu Islamic Jihad dikatakan terlibat dengan pembunuhan Anwar Sadat. Islamic Jihad telah membawa imej yang buruk mengenai Jihad. Namun begitu, badan intelektual dan gerakan Islam telah meneutralkan semula makna jihad daripada diberikan persepsi yang buruk. Selepas itu, walaupun terdapat beberapa kali cubaan memburukan makna Jihad telah dilakukan tetapi sering kali itu jugalah ia telah dineutralkan dan dijaga maknanya.

Sehingglah Amerika Syarikat pada tahun 2001 dengan dibantu oleh golongan intelektual Neo-Conservatives di dalam Council of  Foreign Relation (CFR) telah melancarkan suatu strategi yang bersifat long term, melibatkan pendanaan yang besar juga diberikan sifat ketenteraan semata-mata bertujuan memburukan makna Jihad.  Ianya bermula dengan tragedi 9/11, diikuti oleh perang Iraq, dan bantuan kemasukan askar NATO. Seterusnya dibantu dana daripada UAE dan mendapat sokongan penuh United Nation (UN). Segala-galanya untuk melegitimasikan usaha semantic infiltration ke atas nilai integral dan fundamental umat Islam iaitu JIHAD. Ia dilakukan sebagai satu reaksi The War of Ideas kepada ideology Islam. Namun begitu, tanpa dunia Islam sedar atau tidak modus operandi yang sama telah digunakan.

Wah, macam kecil sangat objektifnya bukan? Membelanjakan jutaan ringgit semata-mata demi penyelewengan makna sahaja? Tetapi itulah hakikat yang berlaku. Demi mempromosikan dan mengabsahkan demokrasi liberal dan kapitalisma pasaran bebas ia adalah satu usaha yang berbaloi.

 JIHAD: Bermula dengan tragedi false flag 9/11

sept11_1993628b

Bermula dengan suatu peristiwa berskala besar iaitu tragedi 9/11 yang tercetus pada tahun 2001 ia mengangkat satu false flag yang menyebut punca tragedi tersebut adalah daripada kumpulan militant-Muslim daripada Timur Tengah. Lebih khusus lagi berasal daripada Iraq. Tidak lama selepas itu wujud pula False Flag kedua yang menyebut Iraq telah menyimpan Weapon of Mass Destruction (WMD).[2] Walaupun selepas itu ternyata senjata itu tidak dijumpai dan permohonan maaf yang ringkas telah dibuat ia sekaligus telah memberi lampu hijau buat barat khususnya US untuk meneruskan perancangan mereka dalam memburukkan makna jihad sekaligus melemahkan kuasa umat Islam.

Bermulanya retorik jihad yang sebenar adalah selepas pencerobohan tentera Amerika ke dalam Iraq pada March 2003. Pada tahun 2004, dalam majlis ulangtahun 9/11, pimpinan-pimpinan tertinggi Amerika Syarikat telah mengulangi terma-terma retorik jihad yang hamper sama.  Kenyataan ini dibuat untuk menanam satu gambaran jihad yang bersifat ancaman kepada penduduk Amerika Syarikat dan dunia luar.  Seperti contoh:

“With respect to the al Qaeda organization, or to a terrorist who is committed to jihad, who is out to kill infidels and is prepared to sacrifice their life in the process, the whole notion of deterrence is meaningless.”[3]

“They are absolutely committed to jihad, to killing infidels. We’re at the top of the list.”[4]

“A handful of the people, motivated by an intense desire to commit jihad, to kill the infidel – and we’re the infidel.”[5]

“These are people who are absolutely committed to jihad and that want to kill infidels and we’re the infidels.”[6]

“As I say, it’s a tough, long, hard slog. . . . There’s nothing you can hold at risk that will deter them from attacking us. They’re committed to jihad. They want to kill infidels. That’s us. . . .[7]

Kenyataan “committed to jihad, to kill infidel” adalah kenyataan yang ditanam di dalam minda rakyat Amerika Syarikat dan masyarkat dunia.  Ia dilakukan untuk memburukkan makna jihad. Sedangkan makna jihad jauh lebih mulia dan sejahtera daripada makna yang dipropagandakan Amerika. Tetapi dalam perang pemikiran dan persepsi ini, penglabelan seperti ini sangat penting digunakan dan diucap oleh hamper semua entiti baik individu dan organisasi supaya makna yang salah menjadi kefahaman yang tertanam dalam minda.

Michael Waller menyebut:

“The administration wasn’t alone in speaking in such terms. Political leaders from both parties, officials in law enforcement, intelligence, diplomacy and the armed forces, and major news organizations all used similar rhetoric.”

JIHAD: Retorik Hirabah

Namun begitu, di dalam Negara-negara Islam di sekitar Timur Tengah, retorik Jihad tidak digunakan tetapi perkataan yang digunakan adalahHirabah. Hirabah ringkasnya tindakan jahat merompak dan membunuh.  Persoalannya, kenapa digunakan terma yang berbeza pada Negara-negara Islam?

Sebagai contoh, stesen media di Saudi telah mewar-warkan kenyataan yang dibuat oleh Islamic Society of North America (ISNA). ISNA merupakan sebuah persatuan yang terletak di Amerika Syarikat dan dibantu dana yang banyak daripada Arab Saudi sendiri. Menurut Setiausaha Agung ISNA, Sayyid M. Syeed:

Hirabah is an act of terrorism, a subversive act inflicted by an individual or a gang of individuals, breaking the established norms of peace, civic laws, treaties, agreements, moral and ethical codes… While as different forms ofjihad are highly commendable acts of virtue, hirabah is respected as a despicable crimeIndividuals and groups indulging in hirabah are condemned as criminals, subjected to severe deterrent punishments under Islamic law and warned of far more punishment and humiliation in the life after life.

Perkataan Hirabah digunakan sebagai satu strategi ataupun kaedah mengurangkan simpatism dan sokongan umat Islam dalam membantu umat islam apabila pencerobohan ketenteraan dilakukan oleh Amerika ke atas Iraq. Mudah persoalannya, berapa ramai Muslim yang ingin mati dan masuk ke dalam neraka? Begitulah sentiment hirabah digunakan.

Anisa Mehdi, seorang wartawan yang menghasilkan dokumentari untuk National Geography ada menyebut dalam menggambarkan penggunaan Hirabah ini yang memberi tanggapan yang berbeza kepada umat Islam berbanding penggunaan perkataan Jihad:

“If they heard ‘hirabah’ instead of ‘jihad,’ if they heard ‘murder’ instead of ‘martyr,’ if they heard they were bound for hell not heaven, they might not be so quick to sign up to kill themselves and a handful of so-called ‘infidels’ along the way.”[8]

Ini jelas menunjukkan terdapat penggunaan perkataan yang selektif terhadap perkataan Jihad dan Hirabah. Termasuk jugalah penglabelan yang berbeza kepada entiti yang bertanggungjawab ataupun dijadikan ‘kambing hitam’. Mereka ini di peringkat antarbangsa disebut sebagai Terrorist, Militant dan Extremist tetapi di dalam Negara Muslim disebut sebagaiInsurgents ataupun pemberontak. Sebagai contoh apa penglabelan yang dibuat di Iraq media seperti Al-Jazeera dan Al-Arabiya:

“ The “insurgents” in Iraq have so clearly waged hirabah against Iraqi society, with the vast majority of their intended victims being not Americans but Muslim Iraqi-Arabs, including children, that Muslims around the world are recognizing the nature of the enemy.”

Penulis buku Fighting the war of Ideas like a real war, J. Michael Waller menambah:

“The timing, as of this writing, is just right for the new semantic offensive. The “insurgents” in Iraq have so clearly waged hirabah against Iraqi society, with the vast majority of their intended victims being not Americans but Muslim Iraqi Arabs, including children, that Muslims around the world are recognizing the nature of the enemy. Arab satellite television coverage, including on Aljazeera and Saudi-run al Arabiya, had stopped, if briefly, promoting the “insurgents” by mid-2005 and showed them as murderers of innocent people.”

JIHAD:  “the war on Terror” sebagai suatu isu peringkat  global

Ia dilakukan dengan terancanga dengan objektif untuk melibatkan penduduk dunia dan institusi antarbangsa. Jika kita meneliti semula secara kritis, ketika itulah bermulanya suicide bombing di Madrid Subway pada 2004. Diikuti letupan di Stesen keretapi London pada Julai 2005 dan beberapa siri pembunuhan dan letupan di Negara-negara Muslim sendiri untuk memberi gambaran ia adalah rancangan dan agenda yang tersusun:

Attacks in Muslim state: Egypt, Indonesia, Turkey, Bangladesh, Jordan, Iraq and elsewhere finally provoked visible, organized, and sustained expressions of outrage and rejection among previously silent Muslim leaders worldwide.

JIHAD: Sokong dan kukuhkan kedudukan Muslim Moderate

picture1

Dalam strategi ini terdapat 2 pendekatan yang berbeza.

1. Amerika menggunakan pendekatan Demonizing the Muslim (Mengimejkan Muslim dengan imej yang jahat) kepada penduduk dunia di peringkat antarabangsa dengan melebarkan fahaman-fahaman Islamophobia dalam media dan wacan-wacana setempat. Ia bertujuan mewujdukan “Versailles effect” terhadap konsep-konsep di dalam Islam. Versailles effect ini tercetus bermula daripada Treaty of Versailles pada WW1 yang mengabitkan German terpaksa membayar akibat yang merugikan dan sangat lama dengan terpisahnya wilayah di dalam German kepada beberapa Negara. Secara ringkasnya Versailles effect adalah:

humiliate an entire nationality or culture and prevent a peaceful long-term outcome.

Dalam konteks Jihad, Islam perlu menanggung beban kerugian yang panjang akibat jihad yang diburukkan. Islamophobia adalah antara kesan buruk yang timbul. Dunia jadi phobia dan takut kepada Islam. Lihat sahaja phobia yang berlaku di lapangan terbang. Yang namanya Islam ataupun membela janggut pasti akan disoal siasat berjam-jam lamanya. Dari sudut lain, dunia Islam pasti tidak akan senyap. Seperti awal peristiwa Jihad dan Yaser Arafat, sentiasa sahaja wujud usaha untuk meneutralkan semula usaha ini. US tahu lebih awal. Mereka perlu ambil kesempatan dengan merekalah yang melakukan neutralisasi dengan gaya mereka. Bukanlah US menjadi frontline, tetapi menyokong, mendana, memberi bantuan dan latihan kepada golongan Moderate Muslim ataupun Muslim Liberal.

2. Bagi mendapatkan sokongan yang kukuh daripada umat Islam, Amerika merujuk kepada satu strategi yang penting yang ditulis oleh Cheryl Benard daripada Rand Corporation yang bertajuk Civil Democratic Islam. Yang seterusnya dikembangkan bersama dengan Angel Rabasa kepada dokumenBuilding Moderate Muslim Network.

Secara ringkasnya, Cheryl Benard mencadangakan suatu model yang membahagikan umat Islam kepada 4 jenis iaitu Fundamentalist, Traditionalist, Secularist dan Modernist. Keempat-empat ini dikatakan penting supaya boleh memisahkan dan mengenal siapakah yang boleh disokong oleh barat dan memenuhi agenda barat. Dalam konteks keempat-empat ini, golongan Modenist Muslim yang dipilih Amerika. Golongan yang beriman dengan kefahaman liberal, progresif, dan modernist yang tegar memperjuangkan demokrasi dan mempromosikan pandang ke barat.

Model ini kemudiannya dikemaskan lagi oleh Antony T. Sullivan yang mengkehendaki diwujudkan kerjasama politik secara organisasi dan individu bersama “the moderate Muslim”. Justeru itu, hasil-hasil akhir wacana pemerkasaan golongan moderate muslim ini  merupakan  terhasilnya dokumen akhir seperti i Building Moderate Muslim Network. Kesemua strategi pemerkasaan Muslim Liberal adalah natijah daripada serangan barat menggunakan kaedah Semantic Infiltration.

Nah, akhirnya wujudlah makna jihad yang buruk dan golongan Muslim Liberal yang duduk semeja dan tidur sebantal dengan barat. Semua ini adalah kes studi bagi Jihad. Saya perincikan dulu buat Islamic state dalam entri final saya bagi tajuk ini.

Muhammad Aiman Bin Ahmad Faudzi
JK Informasi & Kajian
PEMBINA

[1] RAND Report Says Cold War Offers Lessons on Engaging with the Muslim World. Boleh dilayari di: http://www.rand.org/news/press/2007/03/26.html

[2] http://www.globalsecurity.org/wmd/library/report/2004/isg-final-report/isg-final-report_vol1_rsi-06.htm

[3] The White House, 14 September 2004. “Vice President’s Remarks and Q&A at a Town Hall Meeting in Ottumwa, Iowa.” Emphasis added.

[4] The White House, 17 September 2004. Emphasis added.

[5] The White House, “Vice President and Mrs. Cheney’s Q & A in Johnstown, Pennsylvania,” 18 October 2004. Emphasis added.

[6] The White House, “Vice President and Mrs. Cheney’s Q & A in Cincinnati, Ohio,” 19 October 2004. Emphasis added.

[7] The White House, “Vice President and Mrs. Cheney Q & A in Cedar Rapids, Iowa,” 23 October 2004. Emphasis added.

[8] Anisa Mehdi, “Let’s Rescue a Once-Beautiful Word from Its Captors,”Star-Ledger (Newark), December 29, 2004.

4 thoughts on “ISIS: Kaedah “SEMANTIC INFILTRATION” Terhadap Konsep NEGARA ISLAM ( Siri 2)”

  1. Pingback: ISIS: Kaedah “SEMANTIC INFILTRATION” Terhadap Konsep NEGARA ISLAM ( Siri 2) | focuss.my

  2. Pingback: ISIS: Kaedah “SEMANTIC INFILTRATION” Terhadap Konsep NEGARA ISLAM ( Siri 2) – FOKUS

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top