ISIS: Kaedah “SEMANTIC INFILTRATION” terhadap konsep NEGARA ISLAM ( Siri 1)

isis-1

Pada 13 jun 2014 portal berita CNN telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa Islamic State of Iraq and Syrian (ISIS) ingin menubuhkan sebuah Negara Islam dengan pengamalan undang-undang Syariah.[1] Kenyataan itu dibuat dengan imej-imej berlakunya pertempuran senjata, keterlibatan tentera, pembunuhan, kemusnahan dan sebagainya yang bagaikan mengimbau semula sinonimnya peristiwa ketika portal yang sama, CNN dan media antarabangsa yang lain menggambarkan entiti Al-Qaeda dan konsep Jihad.

ISIS merupakan sebuah gerakan militant yang tidak diketahui secara tepat asal-usulnya tetapi dibentuk sekitar tahun 2006. Sepanjang penubuhannya ia tidak terlampau diendahkan di sisi media antarabangsa namun begitu diberi perhatian apabila bermulanya krisis Syria sekitar tahun 2011.

Pemimpin ISIS, Abu Bakar Al-Baghdadi yang dilantik sebagai khalifah pada 29 Jun 2014 secara tidak langsung mengisytiharkan mempunyai autoriti ke atas dunia Islam secara keseluruhan. Dengan tindakan-tindakan gerakan mereka yang  bersifat harabah, membunuh kanak-kanak, merogol, dan bermacam-macam kejahatan lain, ia sebenarnya sesuatu yang jauh daripada pengamalan Islam dalam membangun sebuah Negara dan ketamadunan.

Pelik bukan! Dengan kemunculan ISIS secara tiba-tiba di ruang media antarbangsa, istilah Islamic state mula diperbahaskan. Sering kali juga Islamic state akan digandingkan dengan istilah yang punya  konotasi negative seperti barbarik, terrorist dan militant. Kesemua istilah dan makna yang buruk telah dilabelkan kepada Islamic state gara-gara tindakan ISIS. Sedangkan sudah wujud konsep pembangunan Negara Islam yang lebih sejahtera seperti di Mesir (sudah dijatuhkan), Turkey dan Malaysia.

Seperti di Turkey,  mereka mengimpikan Turkey kembali berperanan seperti sebuah kerajaan Turki Uthmaniyah yang dahulu. Ia masih lagi ingin kembali  memayungi Negara-negara lain di Timur Tengah menyempurnakan peranan sebuah kerajaan Isalm. seperti pemerintahan Turki Uthamaniyah pada tahun 2071.[2] Walaupun Receipt Tayyib Erdogan mengeluarkan kenyataan yang masih ingin mengekalkan Turkey sebagai sebuah Negara Sekular, ia tidak lebih hanya sekadar satu langkah strategi politik.  Di Mesir pula, pasca revolusi Mesir pada 23 Mei 2012 menunjukkan penerimaan rakyat secara besar-besaran kepada sebuah konsep Negara Islam di di bawah kepresidenan Dr. Muhammad Mursi. Begitu juga di Malaysia, gerakan-gerakan NGO Islam di Malaysia semakin rancak cuba mengembalikan imej Malaysia sebagai sebuah Negara Islam. Mereka mengkaji formula-formula mengembalikan kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka dahulu. Namun begitu, pengalaman-pengalaman Negara ini tidak dijadikan tumpuan barat.

Berbanding tumpuan terhadap ketiga-tiga Negara ini, kenapa kritikan, wacana, serta fokus konsep Negara Islam diberikan kepada ISIS? Persoalan lain juga, kenapa Amerika dan barat perlu bersusah payah mewujudkan, mendana dan mensensasikan gerakan ISIS dan konsep Islamic state yang salah kepada dunia? Ini tidak lain adalah untuk menjayakan strategi“Semantic Infiltration”[3] kepada makna Islamic state ataupun Negara Islam. Ia suatu strategi yang kembali digunapakai oleh Amerika dan Barat bangi mengulangi kejayaan strategi ini dalam memburukkan makna Jihad. Secara ringkas Semantic Infiltration merupakan suatu tindakan memberi makna yang BERBEZA dan BURUK kepada rakyat dunia bagi menutup makna sebenar sesuatu perkataan yang bersifat integral dalam pegangan seseorang bagi melemahkan semangat juang sesuatu kumpulan tersebut. Ia adalah suatu yang mustahak dalam pentas War of Ideas. Ia juga adalah pengalaman yang dipelajari barat ketika terlibat dalam Perang Dingin yang tamat pada 1989.

Apa itu semantic infiltration?

Idea Semantic Infiltration ini telah dimulakan oleh Fred Charles Iklé pada tahun 1970. Senator Daniel Patrick Moynihan dalam memetik tulisan Iklé menyebut Semantic Infiltration ini sebagai:

“the systematic distortion of the meaning of certain words to confuse or mislead”[4]

 Moynihan seterusnya menambah semantic infiltration ini  adalah:

“is the process whereby we come to adopt the language of our adversaries (enemy) in describing political reality. The most brutal totalitarian regimes in the world call themselves ‘liberation movements.’ It is perfectly predictable that they should misuse words to conceal their real nature. But must we aid them in that effort by repeating those words? Worse, do we begin to influence our own perceptions by using them?”

The war of ideas ataupun perang pemikiran ini dikatakan berjaya apabila a skilled or persistent semanticist berjaya memujuk pihak musuh untuk menerima konsep sesuatu perkataan mengikut definisi yang telah dicorakkan terutamanya apabila ia berkaitan dengan perkataan-perkataan yang menjadi semangat bersifat integral dan sangat fundamental. Dalam konteks tulisan ini saya akan buktikan bagaimana serangan ini ditujukan kepada perkataan Jihad dan Islamic State/Negara Islam.

Strategi ini bertitik tolak pada tahun 1970 ketika Fred Charles Iklé bekerja di Rand Corporation. Beliau telah membuat satu kajian berkenaan cabaran pihak Amerika dalam bernegosiasi dengan pihak komunis dan telah menjumpai punca kesukaran Amerika adalah kerana mereka telah terperangkap dalam fenomena Semantic Infiltration yang telah dibuat oleh pihak Soviet terhadap Amerika Syarikat.

isis-2

Pihak Soviet telah membuat satu infiltrasi makna kepada perkataan yang menjadi prinsip perjuangan barat dengan memberikan makna yang lain daripada makna yang sebenar. Perkataan seperti “democratic, fraternal, liberation, progressive, dan people” digunakan sebaik mungkin dalam strategi ini. Perkataan-perkataan ini adalah perkataan yang integral dalam perjuangan dan hidup masyarakat barat yang kuat berpegang dengan fahaman liberal-demokratik. Menurut Fred Charles Iklé dalam menjelaskan fenomena tersebut:

“We (State Department) have been careless in adopting the language of our opponents and their definitions of conflict issues in many cases where this is clearly to our disadvantage.

 Or perhaps this is not so paradoxical. It might be precisely because our officials spend so much time on the opponents’ rhetoric that they eventually use his words – first in quotation marks, later without”.[5]

Akibat daripada terperangkap dalam strategi pihak Soviet ini pihak Amerika Syarikat telah keliru, hilang semangat untuk berjuang dan malu untuk memberi apa-apa label yang buruk terhadap pihak musuh Soviet. Propagandis Amerika tidak berani melabelkan soviet dengan gelaranAutoritarian Regime. Kesan stategi ini walaupun hanya bermain dengan perkataan memberi kesan bencana yang sangat buruk apabila askar-askar hilang semangat untuk meneruskan peperangan. Mereka menjadi keliru dengan perjuangan mereka dan buntu di satu sisi.

“It was as if the West had stopped believing in its own values. American officials often shied away from using those words in defense of U.S. policy. Worse, they sometimes applied them in ways that benefited Soviet propaganda. They even were reluctant to turn Soviet jargon against Moscow, shying away from calling the USSR a dictatorship or empire.”[6]

Kerana itu, kaedah ini merupakan kaedah yang sangat berbahaya yang pernah ditempuh Amerika suatu ketika dahulu. Ironinya, kaedah yang sama inilah yang telah digunakan oleh Amerika dalam berinteraksi dengan Negara-negara Islam. Seperti apa yang pernah disebut oleh Samuel P. Huntington bagaiamana tingginya ancaman Islam kepada demokrasi Amerika di dalam buku beliau “The Third Wave” yang dikeluarkan pada 1991 ada menyebut:

“A less restrictive version of the cultural obstacle argument holds that certain non-Western cultures are peculiarly hostile to democracy. The two cultures most often cited in this regard are Confucianism and Islam.”

Bagaimana Barat mempraktikan kaedah Semantic Infiltration ini kepada Islam?

Dalam konteks ketika kepresidenan George W. Bush, Amerika telah memulakan kaedah semantic infiltration terhadap perkataan Jihad. Ia berjaya. Skeptik masyarakat dunia apabila menyebut perkataan Jihad pasti akan dikaitkan dengan tragedi 9/11 dan perbuatan terrorism. Strategi bahaya ini kemudiannya dilakukan semula oleh Barack Obama, bukan lagi kepada Jihad, kerana operasi Jihad telah berjaya. Kali ini ditujukan kepada Islamic state ataupun Negara Islam. Bagaimana? Kita sambung di bahagian 2.

Muhammad Aiman Bin Ahmad Faudzi

JK Informasi & Kajian
PEMBINA

[1] http://edition.cnn.com/2014/06/12/world/meast/who-is-the-isis/

[2]Article bertajuk “Erdogan’s Grand Vision: Rise and Decline” Dihttp://www.worldaffairsjournal.org/article/erdogan%E2%80%99s-grand-vision-rise-and-decline

[3] Diperkenalkan oleh Fred Ikle pada tahun 1972

[4] Fred Charles Iklé, dipetik daripada Daniel Patrick Moynihan, “Further Thoughts on Words and Foreign Policy,” Policy Review, Spring 1979.

[5] Moynihan, Ibid., p. 53.

[6]  J. Michael Waller. Fighting the war of Ideas like a real War, The Institute of World politics press, 2007.

1 thought on “ISIS: Kaedah “SEMANTIC INFILTRATION” terhadap konsep NEGARA ISLAM ( Siri 1)”

  1. Pingback: ISIS: Kaedah “SEMANTIC INFILTRATION” terhadap konsep NEGARA ISLAM ( Siri 1) | focuss.my

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top