- Pada saat saudara se-Aqidah di bumi Palestin sedang bergelut dan bergadai nyawa mempertahankan tanah suci umat Islam, beberapa pihak daripada industri muzik tempatan antaranya Warner Music Malaysia sedang menganjurkan festival muzik besar-besaran. Apa yang lebih memalukan adalah konsert hiburan tersebut diadakan di kebanyakan universiti awam.
- Konsert yang mendapat sambutan mahasiswa dan mahasiswi ini sekaligus menggambarkan keterhakisan sensitiviti terhadap umat Islam di Palestin saat ini, ditambah lagi dengan kesuraman lapangan aktivisme mahasiswa Malaysia bersolidariti untuk Palestin sehingga hari ini. Malah, penganjuran konsert hiburan ini dilihat telah mencabar peranan sebenar institusi pendidikan tinggi yang sepatutnya menjadi sebuah institusi yang menjunjung tinggi makna ilmu dan budaya keilmuan dalam kalangan warga universiti.
- Hasil tinjauan unit kajian PEMBINA, mendapati syarikat utama Warner Music merupakan sebuah syarikat muzik yang secara terang-terangan menyokong genosid Isarel di Palestin melalui kenyataan di platform X dan menggelarkan HAMAS sebagai pengganas. Malah, Warner Music juga bersolidariti dengan ungkapan “stand with Israel and the Jewish community around the world” Pada tahun 2022, Warner Music Group telah mengumumkan pelancaran Warner Music Israel, sebuah gabungan muzik rakaman baharu yang berpangkalan di Tel Aviv dan aktif mempromosi artis-artis pro-Zionis seperti Bruno Mars dan pro-LGBT iaitu Coldplay dan lain-lain.
- Ini tidak menghairankan kerana sejarah awal syarikat Warner Music Group sendiri ditubuhkan pada tahun 1958 oleh syarikat Warner Bros Pictures yang merupakan ahli pertubuhan rahsia pro-Yahudi Zionis; Freemasonary. untuk mencipta lagu dan muzik dalam filem.
- Len Blavatnik yang merupakan individu yang memegang saham tertinggi iaitu sebanyak 73.03% daripada jumlah saham terkumpul Warner Music Group merupakan individu yang rapat kepada Perdana Menteri negara haram Israel Netanyahu, dan menurut Haaretz, Netanyahu sendiri telah mencadangkan Blavatnik membeli rangkaian “Israel’s Channel 13” untuk mencipta saluran media Zionis “Israeli Fox New” bagi tujuan propaganda Zionis. Blavatnik juga yang bertanggungjawab dalam projek melobi pemikiran warga Universiti Harvard supaya berpihak kepada Israel dengan menayangkan video yang disediakan oleh pihak IDF. Rentetan bantahan pelajar Universiti Harvard terhadap kekejaman genosid Israel, Blavatnik, yang juga penderma Harvard yang utama, mengambil tindakan drastik menghentikan sumbangan kepada universiti tersebut. Individu ini juga antara penyumbang utama kepada Universiti dan institusi pendidikan dan teknologi untuk pembangunan di negara haram Israel. Yayasan Keluarga Blavatnik telah menderma $65 juta kepada universiti Tel Aviv sejak 2014 untuk melancarkan Inisiatif Blavatnik.
- Justeru, PEMBINA menyeru seluruh mahasiswa dan mahasiswi untuk bangkit membantah penganjuran konsert hiburan anjuran syarikat berkaitan Warner Music sebagai solidariti kita bersama umat Islam di Palestin melalui langkah-langkah berikut:
- Membantah penganjuran dan tidak hadir ke konsert hiburan anjuran Warner Music di kampus sebagai tanda memboikot gaya hidup hedonistik.
- Mewujudkan suasana kampus yang menjunjung tinggi nilai ilmu dan menyekat sebarang anasir pemikiran dan budaya yang mengganggu gugat budaya keilmuan di kampus dengan menganjurkan wacana ilmiah berkaitan bumi Palestin dan realiti umat Islam di peringkat global.
- Melawan naratif normalisasi Zionis sama ada dalam bentuk pemikiran, gaya hidup ekonomi, politik, hubungan antarabangsa dan lain-lain melalui platform aktivisme mahasiswa di peringkat kampus, nasional mahupun antarabangsa.
- Mendesak pihak pentadbiran universiti supaya bersikap lebih sensitif terhadap budaya hedonisme yang merencatkan proses kelahiran ilmuwan yang berkualiti di universiti.
- Menggesa kerajaan menetapkan pendirian terhadap program-program yang bersifat hedonistik di universiti.
- Memanfaatkan platform konvokesyen di universiti dengan menyampaikan ucapan sokongan kepada perjuangan pembebasan penuh tanah Palestin.
- Membaca Qunut Nazilah dan mendoakan saudara Islam di Palestin.
Disediakan oleh:
PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL (PEMBINA)
16 November 2024.