
KOTA BHARU, 13 Feb –Pengerusi Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Kota Bharu, Dr Ahmad Mahir Shamsuddin, hari ini mewakili Jawatankuasa PEMBINA Pusat menziarahi keluarga Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, bekas Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS.
Kehadiran Dr. Mahir disambut oleh anak allahyarham, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Ustaz Nik Omar Nik Aziz di kediaman mereka di Pulau Melaka.
Dr. Mahir turut menziarahi pusara allahyarham yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Pulau Melaka.
Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka kira-kira jam 9.40 malam semalam dan disemadikan di tanah Perkuburan Pulau Melaka kira-kira jam 11 pagi Jumaat.