Wakil pimpinan PEMBINA ziarah keluarga Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat

suhail
Ustaz Suhail (berdiri satu dari kanan) bersama Ustaz Nik Abdul Rahim Nik Aziz, Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Kota Bharu (berdiri di tengah) dan Dr. Ahmad Mahir.

KOTA BHARU, 16 Feb– Setiausaha Agung Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Ustaz Suhail Mohd Sufian mewakili pimpinan Jawatankuasa Pusat menziarahi keluarga Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, bekas Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS semalam.

Kehadiran Ustaz Suhail disambut oleh Ustaz Nik Abdul Rahim Nik Aziz, anak allahyarham yang juga Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Kota Bharu di kediaman mereka di Pulau Melaka.

“Saya mewakili pimpinan PEMBINA, ingin mengucapkan tazkiah kepada keluarga arwah dan melahirkan rasa sedih atas pemergian ulama’ yang disegani ramai.

“Semoga, roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman,” katanya ketika dihubungi wartawan.

Turut sama, Dr Ahmad Mahir Shamsuddin, Pengerusi Cawangan PEMBINA Kota Bharu.

Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka kira-kira jam 9.40 malam Khamis lepas dan disemadikan di tanah Perkuburan Pulau Melaka kira-kira jam 11 pagi keesokkannya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top