Ustaz Muhammad Fauzi

Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni merupakan anak kelahiran Bagan Datoh, Perak. Beliau mendapat pendidikan peringkat menengah rendah di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu sebelum berpindah ke peringkat menengah atas di Sekolah Izzudin Shah di Ipoh, Perak.

Selepas tamat mengambil Sijil Tinggi Ugama, beliau telah melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar As-Syarif di Kaherah, Mesir dalam bidang Syariโ€™ah Islamiyah. Walaupun sibuk dengan aktiviti persatuan pelajar ketika itu, beliau berjaya mengekalkan kecemerlangan setiap tahun di dalam bidang akademik dan mendapat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Syariah Islamiyah.

Sekembalinya ke tanah air, beliau telah mendedikasikan sebahagian besar masanya di dalam aktiviti-aktiviti pembinaan jatidiri remaja dan belia muslim serta program-program pengajian agama untuk masyarakat termasuk di masjid-masjid dan surau-surau.

Beliau berpengalaman mengendalikan lebih dari 50 program bersama badan-badan pelajar di dalam dan luar negara termasuk di United Kingdom, Ireland, Republic Czech, Jerman, Mesir, Jordan, Arab Saudi, India, Jepun, Korea, Australia dan New Zealand selama kira-kira 10 tahun.

Beliau kini sedang menyiapkan kajian peringkat Ijazah Sarjana pengkhususan Kajian Sejarah Tanah Melayu. Beliau telah menelusuri kesan-kesan sejarah Islam di dalam dunia Melayu termasuk di Malaysia, Selatan Thailand, Kemboja, Indonesia (Acheh, Medan dan Kepulauan Riau – Pulau Bintan, Pulau Penyengat, Pulau Batam dan lain-lain). Beliau juga sedang dalam misi menyempurnakan lawatan akademik ke Vietnam, Filipina, Kalimantan dan Kepulauan Sulawesi.

Beliau sering menerima jemputan untuk menyampaikan pembentangan berkaitan isu survival Melayu dan Islam di Malaysia sama ada di IPT, badan-badan kerajaan, syarikat-syarikat swasta, parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan (NGO). Beliau merupakan penulis buku โ€˜Melayu dan Islamโ€™. Beliau telah bergiat secara aktif di dalam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan kini telah diamanahkan sebagai Naib Presiden 1 pertubuhan tersebut.

Ustaz Fauzi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top