Iqbal Hakim

Iqbal Hakim bin Abdul Razak melazimi prinsip ‘I add value’ sebagai motivator muda. Beliau dilahirkan pada 5 Januari 1989 dan kini menetap di Selangor.

Beliau mendalami Ijazah dalam lapangan Kejuruteraan Kimia di Taylor’s University College, Subang Jaya pada tahun pertama dan kemudian melanjutkan pengajian Ijazahnya di New South Wales University (UNSW), Australia.

Sekembalinya dari Australia, beliau menyertai APAC Communications sebagai telemarketer. Beliau mengendalikan seminar untuk mana-mana organisasi yang berminat memantapkan pengurusan syarikat mereka. Pada Mac 2011 hingga April 2013, beliau dilantik oleh Gold Silver Resources (GSR) sebagai pengurus di peringkat negeri. Di samping itu, beliau menceburi program keusahawanan sebagai ketua pemasaran dan speaker di Ezaz Wealth Management & Consultancy yang memberi khidmat nasihat perancangan kewangan. Kini, beliau merupakan Pembantu Jurulatih di AMPAC Human Development Sdn Bhd, sebuah agensi swasta yang giat memberikan latihan pembinaan kemahiran tambahan seperti nilai kepimpinan, kerja berpasukan dan pengucapan awam untuk golongan remaja dan belia.

Iqbal Hakim bin Abdul Razak telah diberi amanah di dalam Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) sebagai Ketua Biro Latihan dan Kepimpinan yang berperanan secara khusus meningkatkan aspek kepimpinan dan kemahiran berorganisasi di kalangan ahli PEMBINA.

Iqbal

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top