Ulit Medan Perang

Aku berdiri megah disini.
Hanyalah di sebalik pintu kaca yang tidak akan pecah.
Aku memegang pedang yang terulung.
Namun tidak pernah digunakan walaupun untuk memotong sayur.
Perisaiku adalah terkebal didunia.
Tetapi tidak larat ku junjung.
Baju besiku indah dan mapan.
Cuma ukiran dan halus seni pembuatannya.
Tidak untuk berperang.
Tidak untuk bahaya.

Dia berlari kekentalan.
Di medan perang.
Pedangnya hanyalah parang pusaka.
Yang diguna turun temurun.
Perisainya adalah kayu.
Yang dipersiap sebaik mungkin.
Baju besinya hanyalah baju biasa.
Pakaian hari-harinya.
Namun dialah pahlawan.
Dialah wira sejati.

Aku dan dia.
Aku prebet, dia jeneral.

 

Karya: Muhammad Musoddiq Jaafar

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top