Hikayat Amir Hamzah ternukil,
Buat tatapan nusa,
Anak bangsa belia tercinta,
Yang kini bobrok,
Dek helah bertualangkan yang zahir,
Yang kini tercatit,
Peristiwa hitam,kotor,jijik,
Yang kini bernanah, Luka,
menitik darahnya ke batu
Bustanus Salatin
Hasil kudrat ,
Wira tua Acheh ,
Termaktub didalamnya nilai suci,
Agama tauhid , Agama khalis,
Bertebaran ke seluruh bumi nusantara,
Yang menggoda hati-hati kecil umat insan,
Dalam kesamaran nada indah,
Menjemput keperbarisan mulia,
Menghadap Tuhan yang maha esa,
Hamzah Al Fansuri,
Abdul Rauf Singkel,
Sheikh nuruddin Alraniri,
Semua suaranya sebulat,
Membina karya islam,
Yang kemegahannya tersemat,
Dalam sanubari pelusuk Asia tenggara,
Payahnya kebenaran ,
Yang ingin menerobos keluar,
Dari jendela lama yang berdebu,
Bahana kebejatan,kemusnahan,kesirnaan
Zaman moden yang dicemar,
Hanya tinggal sebutir Hampas,
Yang tak ternilai harganya,
Namun,tersingkap jua kebenaran itu
-Muhammad Najib bin Yusoff-