Iktiraf Kecemerlangan, Bimbing Kepada Kebenaran

BANGI, 12 Jan 2012 – Kecemerlangan akademik dan pencapaian-pencapaian Nur Amalina Che Bakri dalam pengajian perubatan beliau di United Kingdom wajar diberi penghargaan, namun sebagai individu, tentunya banyak yang beliau boleh perbaiki. Demikian pandangan Nor Hasni Hayati Bt Hanapi, Naib Presiden II, merangkap Ketua Beliawanis PEMBINA. Beliau merujuk kepada isu penampilan terkini Nur Amalina, pelajar cemerlang SPM 2005 yang disensasikan terutama di laman-laman sosial.

Gambar Fail Nor Hasni Hayati

Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan mengikut kapasiti yang berbeza, adapun menjadi tanggungjawab masyarakat untuk membimbing dengan penuh berhemah bagi melengkapkan keperibadian seseorang. “Saya amat tidak bersetuju tindakan menyebarkan gambar dan memburuk-burukkan saudari Amalina. Seharusnya sebarang kelemahan beliau ditegur secara berhemah atau secara peribadi dan tidak diaibkan dikhalayak ramai.” Beliau turut mengungkapkan pandangan sesetengah ulama’:

“Sesiapa yang menasihati saudaranya secara bersendirian, perbuatannya itu adalah nasihat. Sementara sesiapa yang menasihati saudaranya dihadapan manusia, sesungguhnya dia telah mencelanya.”

Dengan itu, Nor Hasni mengajak masyarakat, khususnya golongan beliawanis Muslimah di United Kingdom agar mendampingi Nur Amalina disamping memanfaatkan kebaikan-kebaikan pada dirinya untuk agama, bangsa dan negara.

 

-Media PEMBINA-

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top