Dungun 15 Jan- PEMBINA bakal menubuhkan 2 lagi cawangan di Kemaman & Kuala Terengganu. Perkembangan yang positif di Terengganu ini dikongsikan oleh Pengerusi PEMBINA Dungun, Sdr Nasrul Muhaiman semasa bertemu dengan Presiden PEMBINA di sini hari ini.
“Penubuhan ini sejajar dengan keperluan menghidupkan aktivisme mahasiwa di IPT yang terdapat di Kemaman & Kuala Terengganu. Kita lihat ada sambutan untuk menggerakkan aktivisma PEMBINA, jadi kita akan usaha untuk tubuhkan cawangan secara rasmi dalam masa terdekat” jelas Sdr Nasrul.
JKP PEMBINA mengucapkan tahniah atas perkembangan ini, dan semoga penubuhan cawangan ini menghidupkan lagi aktivisma mahasiwa islam.