KUALA LUMPUR, 17 Januari 2012 – PEMBINA menyambut baik langkah Kementerian Dalam Negeri yang berhasrat menambahkan bilangan polis seluruh negara bagi meningkatkan keselamatan domestik.
Naib Presiden PEMBINA, Aizuddin Khalid mengulas kepada wartawan Utusan Malaysia, “Langkah KDN menambah bilangan polis seluruh negara adalah langkah yang baik. Kita menyarankan pegawai-pegawai baru perlu dipilih berdasarkan kualiti disiplin, akhlak dan penampilan, semangat kenegaraan yang dipamerkan, serta pendidikan yang baik.”
Aizuddin juga menggalakkan golongan belia untuk menyahut inisiatif kerajaan ini, sebagai satu jalan kareer yang mulia, disamping berbakti kepada negara.
Selain itu, Aizuddin yang juga Ketua Penerangan PEMBINA menegaskan bahawa KDN perlu fokus mempertingkatkan tahap nilai professionalisme, integriti, kebajikan polis, perbaiki dan optimumkan struktur taskforce sedia ada.
Media PEMBINA