Belia Perlu Pertahan Jatidiri – Timbalan Presiden

 

SIK, 17 Julai 2011 – Sifat berani, lasak, berdaya saing, aktif, cergas, lantang dan bersemangat tinggi merupakan sifat semulajadi dalam jiwa para belia. “PEMBINA tidak melahirkan belia yang lemah, lesu dan lembik,” begitulah yang dinyatakan oleh Timbalan Presiden PEMBINA, Ibrahim B Mohd Hasan ketika merasmikan majlis penutup Perkhemahan Belia Utara 2011.

Beliau juga menyentuh mengenai beberapa ciri utama dalam mengembalikan jatidiri belia yang merangkumi tubuh badan yang sihat, menepati masa, tersusun dalam urusannya serta bermanfaat pada orang. Kesemua ini dapat dicapai dengan memahami pengertian ibadah yang syumul dan tidak terbatas pada masa dan tempat.

“Manusia yang baik adalah mereka yang bermanfaat pada yang lain. Sekiranya kita dapat fahami hadis ini dari sudut ibadah, maka apa-apa seruan kepada kebaikan turut dikira sebagai ibadah termasuk membina jatidiri belia” jelas beliau dihadapan 30 ahli PEMBINA yang kini pulang ke kampung halaman sempena cuti IPT.

Diakhir ucapan, beliau menyeru supaya setiap ahli PEMBINA menjadi duta PEMBINA di IPT masing-masing dengan memperkenalkan PEMBINA serta mengajak para belia dan mahasiswa ke program-program anjuran PEMBINA.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top