PEMBINA mengucapkan Takziah kepada keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera Bernama yang mati akibat ditembak dalam misi bantuan kemanusiaan di Somalia.
Pengorbanan dan kesanggupan beliau untuk mempertaruhkan nyawa dalam misi berbahaya ini wajar dijadikan inspirasi buat semua warga Malaysia.
Kejadian tragis ini juga tidak patut mematahkan semangat golongan journalis, fotografi dan para sukarelawan untuk turun ke medan-medan bergolak yang memerlukan bantuan kemanusiaan.
Malahan, kisah Noramfaizul ini patut dijadikan pemangkin semangat untuk berkorban dan bersiap siaga menghadapi sebarang risiko dalam misi-misi berbahaya.
PEMBINA berharap di masa akan datang, misi-misi bantuan kemanusiaan dari Malaysia dapat mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan sebagai usaha agar kejadian sebegini tidak berulang.