Mantan Ketua Pengarah DBP Dr Hassan Ahmad meninggal dunia

Pemergian Allahyarham Datuk Dr Hassan Ahmad pada petang ini (31 Ogos 2011) merupakan satu kehilangan besar buat negara. Mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka itu merupakan seorang tokoh agung dalam kajian bahasa dan sastera Melayu yang banyak berjasa mengembang dan memartabatkan bahasa, sastera dan sejarah Melayu.

Datuk Dr Hassan pernah membentang satu kertas kerja dalam satu konvensyen anjuran ISMA dan PEMBINA bagi memperingati 500 tahun kejatuhan empayar Melayu Islam Melaka.

PEMBINA berasa amat berbangga dan bertuah kerana pernah menyediakan pentas bagi tokoh sastera agung ini membentangkan idea serta kajian beliau.

PEMBINA mendoakan jasa-jasa peninggalan beliau menjadi saham amal beliau di akhirat dan semoga beliau ditempatkan bersama-sama orang soleh.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top