PEMBINA mengucapkan setinggi-tinggi takziah kepada keluarga Allahyarham Hj. Mohamad Sabri bin Ibrahim yang meninggal dunia awal pagi tadi. Beliau merupakan Bendahari Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN). Allahyarham Sabri telah meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri berikutan serangan stroke beberapa hari sebelumnya.
PEMBINA turut mengucapkan takziah kepada seluruh warga HALUAN di atas pemergian seorang pemimpin pertubuhan. Kami yakin beliau akan sentiasa dikenang dan dihargai sebagai seorang pemimpin tertinggi bagi sebuah gerakan Islam ternama di Malaysia. Semoga jasa-jasa dan tinggalan beliau akan terus diingati dan mengesani masyarakat Malaysia.
PEMBINA mendoakan semoga amal-amal beliau diterima Allah dan semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang yang menerima nikmat di sisi Allah daripada kalangan anbiya’, siddiqin, syuhada’ dan solihin. Itulah sebaik-baik teman.
Allahummaghfirlahu warhamhu wa ’afihi wa’fu’anhu
Al-Fatihah