Belia, Agendakan Hidupmu!

Hati ini begitu terasa tatkala ditanya tentang tujuan diri ini belajar dalam bidang “Bioteknologi” oleh seorang pelajar PHD yang berasal dari Nigeria.

“Why you choose to study biotech ?” 

ermm because i love bio

“Only that? ” ” The reason is not enough actually”

You should know why you are studying here and choose those subject.

For what purpose ?

Tersentap, maka diri ini segera lakukan soal selidik yang bermain ligat dalam neuron kepala.

Adakah aku tiada agenda dalam hidup ?

Rakan-rakan sekalian,

Adakah anda suka jika rutin harian anda sama sahaja seperti hari-hari sebelumnya ? Setahun ? Dua tahun ? Tiga tahun ? ataupun empat tahun? Rutin harian anda bermula begini ; waktu pagi anda dimulakan dengan menghadiri kelas, pulang ke kelas pada waktu petang, membuat assignment pada waktu malam ,menonton movie, keluar bersama teman wanita, bermain game, rehat, tidur dan kembali bangkit untuk keesokkan harinya.

Adakah anda tidak bosan ?

Hari-hari anda berlalu sugul dan suram pada hari kelmarin, sedikit gembira pada keesokannya, sugul kembali pada minggu hadapan, dan begitulah rutin itu dari mula anda menjejakkan kaki ke universiti hingga ke alam pekerjaan. Sekali lagi saya bertanya ;

Adakah anda tidak bosan ?

Anda seolah-olah seperti se “orang” robot yang telah diprogramkan untuk membuat itu dan ini, tanpa ada sebarang tentangan jua perasaan. Memori anda juga seperti sudah diset di dalam “mikrocip” serba canggih abad yang ke 21. Hal ini seolah-olah mengambarkan bahawa anda tiada agenda dalam hidup.

Belia dan agenda hidup

Persoalan ini begitu menarik minat saya. Rata-rata belia di Malaysia begitulah sifatnya. Syukurlah jika ada yang masih mampu belajar di universiti meski mereka tidak tahu tujuan sebenar untuk apa dan kenapa mereka belajar. Cukuplah kadar memperoleh segulung ijazah, bekerja di firma-firma yang ekslusif, berjawatan besar, berkereta besar, mempunyai isteri yang cantik, rumah yang besar, syarikat sendiri dan sebagainya.

Inikah agenda hidup yang anda inginkan sebagai seorang belia muslim ?

Jika ya jawapan yang diberikan, maka, agenda anda sama sekali malahan mungkin 99.3 % sama seperti agenda seorang belia bukan muslim. Pemikiran materialisme dan hedonisme begitu ketara terpalit di “muka hadapan” agenda seorang belia muslim pada masa ini. Serangan pemikiran oleh musuh-musuh Islam  telah benar-benar  berjaya andai kata ini adalah sebahagian daripada agenda hidup anda.

Seorang belia muslim yang pada fisikalnya “kuat” dan “gagah” segagah kereta kebal “US M1A1 Abrams” tetapi jika tidak diisi dengan minyak diesel dan bekalan peluru,mereka hanya akan menjadi sebuah mesin yang  kuat dari segi luaran tetapi kosong dari segi fungsi akhirnya. Maka, hasrat Soekarno untuk mengoncangkan dunia dengan hanya berbekalkan 10 orang pemuda hanya akan tinggal khayalan semata dek kerana kekosongan agenda di dalam diri setiap belia muslim.

Maka apakah solusinya ?

Sama sekali jawapannya adalah berbalik kepada agenda pemikiran Islam yang dirintis sejak zaman Rasulullah saw lagi. Menurut Prof Dr Sidek Baba, pemikiran seperti berfikir kerana Allah, berfikir secara reflektif, berfikir secara kritikal, logikal, kreatif, analitikal, holistik, reaktif, proaktif, berfikir secara Islami, Qurani, mengikut sunah, tadabbur, saintifik Qurani, Berfikir dalam zikir dan bermacam-macam lagi merupakan satu daya fikir yang jika difahami sedalam-dalamnya mampu melebur daya fikir barat seperti, liberal, sekular, humanisme , hedonisme, maxisme, komunisme, dan bermacam-macam lagi.

Belia juga harus tampil berani menjadi agen perubahan dalam masyarakat. Tidak lagi mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah kosong yang boleh merosakkan agenda hidup mereka. Tidak juga bermalasan untuk mendalami dan mempunyai pengetahuan baik dalam bidang Agama, politik mahupun hal ehwal semasa yang berlaku di seantero dunia. Seorang belia itu diukur tahap kematangannya berdasarkan cara ia berfikir, matlamat yang jelas dan bukannya berdasarkan sosok fisikal semata. Hatta seorang belia yang berusia puluhan tahun juga jika masih sempat menonton “anime” dan bermain “game” mereka juga boleh dikategorikan sebagai golongan yang tidak matang.

Maka, selepas ini, tidak timbullah isu, belia lepak kosong di kedai mamak, merempit di malam hari, merokok, hisap dadah dan sebagainya. Kerana, mereka sedar masa belia mereka tersangatlah berharga untuk disia-siakan kedalam perkara tanpa agenda.

Jadi, agendakan hidupmu wahai belia muslim sekalian !

Oleh,

Sdr Asyraf Farique

Aktivis PEMBINA Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top