Tahniah Skuad Harimau Muda

Malaysia memenangi pingat emas bola perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Stadium Gelora Bung Karno - Utusan

 

PEMBINA mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Muda bawah 23 tahun pimpinan Ong Kim Swee yang berjaya mengekalkan kejuaraan bola sepak Sukan SEA pada edisi kali ini. Pasukan bola sepak kebangsaan telah mempamerkan persembahan yang membanggakan dalam perlawanan akhir tersebut, lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan tuan rumah di gelanggangnya sendiri di Stadium Utama Gelora Bung Karno. Ini menunjukkan pemain-pemain muda ini mempunyai mentaliti yang kuat, kental dan terfokus untuk mencapai objektif menggondol pingat emas berturut-turut dalam Sukan SEA ini. 

 

Sermoga kemenangan skuad Harimau Muda ini akan menjadi sanjungan dan inspirasi buat semua, terutama golongan belia bahawa dengan usaha, latihan, stamina, fokus, dan sanggup menghadapi semua cabaran, kita pasti mampu menggapai cita-cita kita walau mendapat tentangan hebat.

 

PEMBINA mendoakan kejayaan dan masa depan yang cerah buat para pemain skuad kebangsaan ini seterusnya berharap prestasi bola sepak negara akan terus meningkat dan menempatkan Malaysia di kedudukan lebih baik dalam ranking bola sepak dunia dan membawa era kegemilangan bola sepak yang baru buat negara.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top